Anak kepada legenda England, Jamie Carragher bakal menyarung jersi skuad kebangsaan Malta selepas beliau diberikan kerakyatan negara tersebut, bulan lalu.

James Carragher, 22 tahun merupakan pemain bek tengah Wigan Athletic telah membuat 29 penampilan bersama kelab tersebut dalam semua pertandingan disertai musim ini.

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal, James diberikan kerakyatan Malta berikutan datuk sebelah bapanya yang berasal dari negara kepulauan di Eropah Selatan itu.

Pertahanan muda itu berkemungkinan akan meraih kap antarabangsa pertamanya pada 21 Mac apabila Malta menentang Finland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di laman sendiri.

Selepas berdepan Finland, mereka akan bertemu Poland pada 24 Mac dalam kunjungan ke National Stadium Warsaw.

 Carragher
Kredit Foto: Wigan Athletic

Peluang Buat James Carragher

Dengan dua perlawanan tersebut, James Carragher berpeluang untuk memulakan perjalanan antarabangsa yang menarik bersama Malta walaupun negara tersebut tidak mempunyai rekod cemerlang di pentas bola sepak antarabangsa.

Sebagai pemain muda yang berpotensi, ini adalah peluang besar untuk membuktikan kemampuannya di peringkat antarabangsa setelah menjalani musim yang stabil bersama Wigan Athletic.

Pemergian Carragher ke skuad kebangsaan Malta bukan sahaja merupakan kejayaan peribadi, tetapi juga satu langkah strategik untuk Malta dalam usaha menguatkan barisan pertahanan mereka.

 Carragher
Kredit Foto: Malta Football Association – 1900

Selain itu, keputusan Carragher untuk memilih Malta juga memberi sinar harapan kepada generasi pemain muda Malta, terutamanya mereka yang mempunyai kaitan dengan negara tersebut melalui warisan keluarga.

Ini adalah contoh yang baik tentang bagaimana ikatan keluarga dan sejarah boleh memberi impak besar dalam kerjaya seorang pemain bola sepak.

Perkara yang sama turut dilakukan negara-negara ASEAN terutamanya Indonesia. Malaysia juga dilaporkan akan mendapatkan beberapa pemain kacukan untuk memperkuatkan pasukan.

Sumber