Liga Super Malaysia dan Liga Premier musim 2017 tamat, Vocket FC melalui kerjasama dengan pihak StubApp mengeluarkan satu analisis berkenaan hasil penjualan tiket untuk kedua-dua buah liga.

Analisa ini tidak mengambil kira jualan tiket bermusim dan juga tiket ‘complimentary’.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

23456226_1853130524999449_3561176935626373487_o

Hasil Kutipan Tiket Keseluruhan

Berdasarkan rajah diatas, terdapat beberapa maklumat penting yang boleh kita lihat secara keseluruhan bagi perbandingan musim 2016 dan juga musimm 2017.

Dari perspektif jualan tiket secara keseluruhannya, terdapat penurunan sebanyak 5% untuk 2017 dengan kutipan sebanyak RM31.6 juta berbanding RM32.2 juat bagi musim 2016. Penurunan 5% ini adalah berjumlah sekitar RM600,000!

Penjualan tiket bagi Liga Super 2017 pula mencatatkan kenaikan 1% sekitar RM100,000 kepada RM13.7 juta berbanding musim 2016.

Untuk Liga Premier 2017, penurunan ketara direkodkan berbanding musim 2016 apabila jualan tiket merundum sebanyak 24%, sekitar RM500,000.

Bagi jualan tiket Piala FA, 16% penurunan berbanding musim 2016 dengan jumlah sekitar RM800,000. Manakala bagi jualan tiket Piala Malaysia, mencatatkan kenaikan sebanyak 2% berjumlah RM200,000 kepada RM9.4 juta hasil kutipan sepanjang 2017.

23435267_1853130531666115_7220632041275919100_n

Hasil Kutipan Mengikut Pasukan Semua Pertandingan

Kedah FA menjana pendapatan tertinggi pada musim ini.

Jumlah perlawanan yang banyak dan bermain dipusingan suku dan separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia membantu Kedah FA menjana yang tinggi ini.

Faktor ‘pricing strategy’ yang baik (variable pricing) juga banyak membantu Kedah muncul sebagai pasukan yang mempunyai ‘revenue’ paling tinggi.

Walaupun JDT mempunyai harga tiket yang agak rendah berbanding pasukan Liga Super yang lain, pendapatan yang dijana adalah kedua tertinggi.

Ini membuktikan jumlah kehadiran yang tinggi pada perlawanan JDT memberikan impak yang kuat untuk ‘reflect’ kepada hasil kutipan perlawanan.

Pasukan yang bukan berasaskan negeri seperti Felda United dan PKNS berjaya mencatat jualan yang agak memberangsangkan berbanding beberapa pasukan negeri (yang mempunyai fanbase besar).

Bermain diperingkat tertinggi seperti Liga Super dan piala banyak membantu penjanaan pendapatan pasukan-pasukan ini.

Hasil Kutipan Mengikut Pasukan (Perlawanan Liga)

23434708_1853130578332777_5424173623516005242_n

Untuk perlawanan liga, JDT mencatat pendapatan jualan tiket tertinggi. Sekali lagi ini membuktikan purata kehadiran yang konsisten dan tinggi untuk perlawanan liga, diikuti oleh Kedah FA.

Tahniah penyokong JDT!

Utilisasi Tempat Duduk (Stadium Utilisation)

23471953_1853130584999443_8511136980691712243_n (1)

Hanya pasukan JDT dan Kedah sahaja berjaya mengisi lebih dari separuh kapasiti tempat duduk secara purata pada setiap perlawanan.

UiTM FC berada dikedudukan yang agak tinggi kerana menggunakan venue yang berkapasiti kecil, dan beraksi pada perlawanan Piala Malaysia menentang pasukan ‘top’ membantu meningkatkan jualan tempat duduk dan tiket.

Begitu juga dengan PKNS FC, ‘utilisation’ yang rendah bukan bermaksud penjualan tiket yang rendah tetapi kerana PKNS FC menggunakan venue yang berkapasiti besar iaitu Stadium Shah Alam.

Sebanyak 16 pasukan tidak berjaya mengisi lebih dari 1/4 kapasiti stadium secara purata setiap perlawanan.

Hasil Kutipan Mengikut ‘Away Team’

23471996_1853130588332776_6098905332966320775_n

Kutipan ini adalah berdasarkan perlawanan bertemu away team.

Mengikut data yang disediakan oleh StubApp, perlawanan menentang JDT FC menjana pendapatan tertinggi, diikuti oleh Pahang FA dan Kedah FA.

Ini adalah pasukan-pasukan away yang telah berjaya menarik minat penyokong pasukan ‘home’ untuk turun menyaksikan perlawanan.

Fakta Penting Wajib Tahu

23472878_1853130521666116_1025110424439775428_n

Secara keseluruhannya, Liga Malaysia mempunyai potensi menjana RM111.2 juta semusim.

Namun, berdasarkan data semasa, hanya 28% sahaja berjaya dijual dengan jumlah RM31.6 juta. Dengan ini liga telah ‘rugi’ sebanyak RM79.5 juta dimana baki 72% tempat duduk tidak berjaya dijual!

Hasil Jualan Tiket Meningkat

23511076_1853130598332775_4056322259823441288_o

Sebagai contoh, pasukan Kedah FA dan Perak telah menggunakan StubApp sebagai vendor jualan tiket online bagi perlawanan pasukan mereka.

Impak dari penggunaan aplikasi jualan tiket online ini telah berjaya meningkatkan jualan tiket pasukan masing-masing sebanyak 160%.

Disamping meningkatkan pendapatan tiket online untuk Kedah FA dan Perak FA, Stubapp juga sebenarnya telah mengurangkan kos operasi dan kos jualan kedua-dua pasukan.

Dengan ‘customer retention rate’ yang tinggi, peminat lebih banyak beralih kepada pembelian online dan melakukan pembelian dengan lebih kerap.

Apakah Penjimatan Melalui StubApp

23519184_1853136868332148_7153007733750764798_n

Hasil dari analisa ini menunjukkan penjimatan yang diperolehi oleh bukan sahaja penyokong, tetapi juga untuk pihak FA itu sendiri.

Berdasarkan data StubApp, RM130,000 berjaya dikurangkan dari penjimatan kos minyak petrol dan juga bayaran tol, 4,300 jam telah berjaya dikurangkan dari masa menunggu serta pemanduan dan RM200,000 berjaya ‘diselamatkan’ dari pihak persatuan dari kos operasi pasukan.

Penyelesaian Isu Jualan Tiket

Sila hubungi pihak StubApp jika pasukan anda mahu turut ‘merasa’ penjimatan operasi dan memaksimakan hasil serta memudahkan penyokong mendapatkan tiket sekaligus meningkatkan lagi kutipan, kehadiran penyokonf dan motivasi  para pemain untuk beraksi lebih baik.

23549961_1853130518332783_4684905091525645319_o