Sepakan percuma Bruno Fernandes mengundang kontroversi. Satu analisis di BBC dedahkan sepakan percuma Bruno Fernandes daripada jarak tidak sepatutnya.

Ini selepas pengadil tersilap kiraan dan memberikan lebih meter kepada jarak sepakan tersebut daripada benteng pertahanan yang dibina pemain pemain Arsenal.

Sepakan percuma Bruno Fernandes dari jarak tak sepatutnya

Jarak biasa adalah 9.1 meter. Namun pengadil yang bertugas Anthony Taylor silap dalam perkiraan langkahnya untuk memberikan jarak yang sepatutnya.

anthony taylor

Shay Given dan Wayne Rooney membuat analisis tentang sepakan percuma Bruno Fernandes yang dianggap diambil daripada titik sepakan yang tidak sepatutnya.

Analisis Shay Given dan Wayne Rooney

Bruno Fernandes memiliki jarak terlalu selesa untuk melepasi benteng yang dibina Arsenal.

Shay Given berkata: “Ya, ia satu sepakan percuma sangat cantik daripada Bruno Fernandes. Namun benteng terlalu jauh ke belakang.

“Pengadil mungkin tersilap kira langkah, seperti anda lihat di sini, jaraknya sekitar 11.2 ela [10.2 meter]. Dan Bruno tahu jarak ini ini agak jauh.

sepakan percuma bruno fernandes

“Ianya memberikan Bruno kelebihan.  Ini adalah detik di mana David Raya cuba mencapai bola yang melayang itu, mungkin pada jarak 16 ela [kira kira 15 meter] dari jarak gol.

“Dan sekarang dia harus memberikan reaksi, dan dia telah melayangkan badannya.

“Dan saya rasa, ketika bola disepak daripada jarak 10.2 meter [daripada benteng], maka Bruno Fernandes boleh menyepaknya dengan lebih kuat. Saya rasa ianya sepakan percuma yang bagus,” tutup Given.

Legenda United, Wayne Rooney setuju dengan analisis Given dan pada masa yang sama mempersoalkan kedudukan David Raya.

Rooney juga percaya walaupun Raya agak berada jauh daripada tiang terdekat [near post], penjaga itu seharusnya dapat menyelamatkan bola itu, kata Rooney.

rooney

Rooney berkata: “Pada pendapat saya, bola terlalu jauh, namun yang peliknya, dia [Raya] mengubah kedudukannya, dan kembali semula ke tengah garisan gol, sebelum bola Bruno sudah kurang 3 meter daripada bola.

“Apa alasan David Raya berbuat begitu?”

Hos kemudian bertanya: “Adakah Bruno merembat bola itu sebaik sahaja melihat kedudukan Raya pada masa ini?

David Raya

Rooney berpendapat; ‘Ya’, kerana dia biasa melakukannya dahulu ketika masih bermain. Ketika penjaga gol dalam kedudukan agak jauh daripada sudut terdekat, maka dia akan terus merembatnya.

“Ya, boleh jadi, sebab saya sendiri pernah buat dulu. Jelas sekali David Raya mengubah kembali kedudukannya.

“Seperti yang Shay Given katakan, dia [Raya] mungkin cuba bermain beberapa ‘permainan’ [minda], memaksa Bruno untuk merembat melintasi benteng [tanpa memikirkan opsyen lain seperti merembat rendah dan sebagainya].

“Dan ya, saya masih berpendapat David Raya sepatutnya boleh menyelamatkan bola itu walaupun harus diakui Bruno merembatnya dengan sangat baik. Namun Raya sepatutnya menyelamatkannya.”

Mikel Arteta turut mengulas tentang sepakan percuma itu. Dan dia menyatakan jika benar, jarak yang dikira pengadil adalah salah, maka Bruno Fernandes bijak mengambil kesempatan di atas keadaan itu.

Arteta berkata: “[Sama ada gol sepakan percuma Bruno Fernandes itu tidak sepatutnya dikira], saya tidak tahu. Namun dia [Bruno Fernandes] telah berjaya melakukannya.

“Bola sepak adalah sukan untuk orang yang bijak,” kata Arteta.

Dalam aksi tersebut Man United dan Arsenal terikat 1-1. Membuatkan Arsenal kini 15 mata di belakang Liverpool.