Sistem serangan Arsenal dimainkan dengan tempo tinggi dan bertenaga dalam perlawanan ini. Ianya kerana sistem yang baik dan intensiti yang bagus.

Arsenal menang 3-0 ke atas Real Madrid dalam pertemuan pertama mereka di Emirates.

Dan ini 5 perkara dalam analisis taktikal perlawanan Arsenal vs Real Madrid.

1. Sistem serangan Arsenal dengan rantaian berempat atau berlima

Sistem serangan Arsenal menggunakan sistem chain of 4 atau chain of 5 ketika mereka menyerang Real Madrid.

Pemain seperti Odegaard dan juga Thomas Partey akan segera untuk memberikan sokongan dari bawah atau depth support kepada sistem serangan Arsenal di garisan atas.

2

Sistem ini benar benar berani dan Real Madrid ditekan dengan banyak sistem serangan yang memenuhkan kotak penalti / overloading.

1

Walaupun mereka menukar pemain, namun pendekatannya adalah sama. Sistem chain of 4 yang disokong unit dari bawah.

Gol ketiga Arsenal adalah  terhasil daripada sistem yang fluid ini. Mikel Merino segera berpatah ke belakang ketikan rantaian berempat membentuk garisan serangan atas mereka.

2

2. Real Madrid berdepan masalah dengan pressing

Real Madrid menggunakan trio serangan Vinicius Jr, Kylian Mbappe dan Rodrygo.

Namun setiap kali pemain seperti Rodrygo cuba melakukan tekanan awal dia akan mendapati dirinya sentiasa berada di kedudukan yang mendedahkan ruang di belakangnya.

3

Ini membuatkan sistem pressing Real Madrid mulai semakin longgar dan mereka cuba bermain dengan sistem lebih selamat.

4

Namun dua gol daripada sepakan percuma Declan Rice membuatkan Real Madrid tidak boleh melakukan apa apa dari segi taktikal. Kerana ianya kecemerlangan indidividu.

3. Arsenal tetap berdepan masalah dengan sistem garisan pertahanan tinggi

Seperti biasa, Real Madrid sentiasa ada cara untuk membuka jalan kepada pemain seperti Mbappe untuk melepaskan diri.

Ini kerana kualiti pemain seperti  Bellingham yang boleh melakukan hantaran awal serta Mbappe dan Vini yang cekap dalam melakukan larian awal.

5

Tetapi kali ini Real Madrid agak tumpul daripada peluang terhad mereka ada. Kebiasaannya mereka sangat cemerlang dan efisien menyempurnakan peluang yang terhad.

Arsenal secara keseluruhan bertahan dengan stabil di belakang dan di tengah. Partey menawarkan sokongan sangat kuat bersama sama dengan Odegaard yang rajin turun ke bawah.

Sementara Declan Rice lebih kepada no.8 dalam perlawanan ini.

Real Madrid kemudian bergelut untuk berdepan dengan stabiliti Arsenal pada separuh masa kedua. Di mana kestabilan itu tidak goyah.

4. Kelajuan dan kepantasan Arsenal

Real Madrid turut bergelut dengan aspek permainan Arsenal dari segi kepantasan dan kelajuan secara unit.

Real Madrid sukar mengekang larian bertenaga daripada Arsenal sejak awal perlawanan lagi.

Keyakinan Arsenal semakin meningkat pada separuh masa kedua dan menghasilkan intensiti yang berterusan.

Kualiti ancaman Arsenal boleh dillihat dengan 12 percubaan terhasil dengan 11 adalah tepat. Sistem serangan Arsenal benar benar berkesan kali ini walaupun mungkin harus lebih tajam daripada permainan terbuka.

6

5. Ancaman bola mati

Sebelum perlawanan Courtois menggariskan betapa mereka waspada ancaman bola mati Arsenal selain daripada sistem serangan pasukan tersebut.

Dan kali ini Arsenal melakukan ancaman yang kuat daripada bola mati. Dan paling penting ancaman sepakan percuma terus daripada Declan Rice yang menghasilkan 2 gol.

rice

Rumusan

Ianya kemenangan mutlak milik pasukan lebih baik iaitu Arsenal. Sistem serangan Arsenal benar benar menggerunkan dalam perlawanan ini.

Bayangkan jika mereka memiliki no.9 berkelas dunia?