Carlo Ancelotti sudah menamatkan karier kejurulatihannya bersama Real Madrid dan kini menggalas tanggungjawab besar bersama skuad kebangsaan Brazil.

Dua fasa dalam membimbing Real Madrid menyaksikan Ancelotti telah menjulang sebanyak 15 trofi dimana tiga daripadanya adalah kejuaraan UEFA Champions League (UCL).

Baca Juga:

Namun, setiap yang bermula pasti ada pengakhiran dan tidak selamanya kita berada di puncak kegemilangan.

Itulah yang dihadapi oleh pengendali berusia 66 tahun itu apabila musim 2024/25 dilalui dengan kurang baik.

Tanpa sebarang piala dimenangi dan Real Madrid tewas empat perlawanan penting bertemu Barcelona dalam satu musim, ia menunjukkan Los Blancos tidak berada di prestasi terbaik walaupun diperkuatkan dengan kehadiran bintang dunia, Kylian Mbappe.

Karier Carlo Ancelotti Di Real Madrid Berakhir

Selain itu, Ancelotti melihat kekalahan dalam aksi suku akhir UCL ditangan Arsenal membuatkan kariernya di Real Madrid bakal berakhir.

“Hasil yang kami peroleh tidak seperti yang diharapkan, dan prestasi pasukan juga tidak memuaskan. Sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu.”

“Selepas perlawanan menentang Arsenal, kami berbincang dan membuat keputusan bersama. Ia adalah keputusan yang sudah boleh dijangka.”

“Kami sedar pasukan sedang tidak berada dalam keadaan ideal, dan kami menyedari bahawa yang terbaik untuk Real Madrid adalah mencari perubahan.”

“Manakala, untuk saya pula adalah melihat ke arah Brazil,” ujar Ancelotti menurut sumber laporan Goal Indonesia.