Seorang tiktokers dikecam selepas menganggap Masscom dan teater sebagai salah satu kursus yang bodoh.

Tiktokers yang dikenali sebagai DMA Islam baru-baru ini memuat naik satu video dimana beliau memberi pandangan mengenai kursus yang menurutnya bodoh dan tidak berbaloi untuk diambil.

Baca Juga:

Masscom, Teater Satu Course Bodoh

@dma_islamm

kos albana #SayaYakinSayaHandsome

♬ original sound – dma Islam – dma Islam

“Antara course paling bodoh kat Malaysia adalah Masscomm. Tapi itu ok kalau nak dibandingkan dengan course teater, muzik dan tarian tradisional.

“Kalau kau nak belajar menari, kau tak perlu ambil degree. Bodoh betul. Tak payah ambil pinjaman PTPTN. Lebih baik kau pergi kerja dan dapatkan pengalaman yang sebenar.

“Kalau kau budak teater, semua orang tahu kau nak enjoy. Budak teater ni kebanyakan nak enjoy, bukan nak belajar sangat pun,” katanya.

Masscom
Masscom UiTM

Di ruangan komen, ada yang bersetuju dan ada juga yang mengecam tindakan tiktokers ini yang memandang rendah terhadap kursus Masscom.

“Jangan pandang rendah dengan teater, muzik/tarian ya. Masuk dulu dan baru tahu dunia industri macam mana.

Masscom
UiTM

“Saya bersuara sebab susah nak kekalkan tradisi sendiri dalam negara sendiri,” tulis seorang netizen.

“Semua bidang ada pentingnya. Masscomm pun ada pentingnya. Kalau semua nak ambil kejuruteraan, siapa nak jadi wartawan, pembaca berita?,” tulis seorang lagi netizen.