Anggota tentera yang dipercayai telah menumbuk seorang pemandu Axia wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam kejadian berlaku di Senawang kelmarin, anggota tentera berusia 35 tahun itu telah menumbuk seorang wanita yang memandu Axia.
Menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan rusuk. Selain keretanya turut rosak kerana lelaki tersebut,
Suspek bengang kerana pemandu Axia tersebut melanggar anaknya yang sedang melintas jalan dalam insiden yang berlaku itu.
Pemandu tersebut terhalang penglihatannya oleh kereta di hadapan gagal mengelak daripada melanggar kanak kanak tersebut.
Video tersebut viral. Dan laporan polis dibuat oleh pihak wanita yang ditumbuk anggota tentera itu.
Anggota tentera disiasat
Polis segera menahan anggota tentera tersebut untuk siasatan.
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din menjelaskan bahawa suspek sudah selesai diambil keterangan.
Kini suspek dibebaskan atas jaminan polis.
Bukit aman ambil alih kes
Dan oleh kerana suspek adalah penjawat awam, maka kes akan diserahkan kepada Bukit Aman.
“Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ini kerana suspek penjawat awam,” kata beliau kepada Berita Harian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba pejalan kaki seorang wanita berumur 34 tahun dan anak perempuannya berumur tujuh tahun dikatakan melintas jalan dari arah sebelah kiri jalan ke sebelah kanan jalan.
“Akibat jarak yang sudah dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu dikatakan melanggar pejalan kaki itu,” tambah Hatta kepada sumber yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, serta Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
Kes tersebut turut menjadi bualan netizen yang berharap agar siasatan menyeluruh dibuat.
Menurut adik kepada wanita pemandu Axia tersebut, isteri suspek ada menghubungi mereka dan merayu agar kakaknya menarik balik kes tersebut.
Namun kakaknya nekad tidak mahu berbuat demikian.
Keluarga Menangis Minta Maaf Selepas Lelaki Tumbuk Pemandu Axia Kena ‘Kutip’