Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran sekitar Taman Ehsan Saja, Pandamaran Klang dan kejadian tersebut dipercayai dirakam oleh pelanggan restoran tersebut.
Menerusi video itu, dapat dilihat sekumpulan lelaki bertindak menarik seorang wanita keluar dari restoran selepas menimbulkan kekecohan dan pergaduhan.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1529414141924212736
Difahamkan, punca pergaduhan itu disebabkan perebutan teman wanita dan mereka dilihat menggunakan batang besi besbol sebagai senjata untuk mempertahankan diri.
Perkongsian video tersebut telah raih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku itu. Malah, para netizen juga berasa kasihan kepada pemilik kedai kerana pergaduhan tersebut menyebabkan kerosakan barangan.
kau dah sedap pepah kerusi meja tu, lepastu kau blah macam tu je? memang sial perangai eh. aku harap tuan kedai tu saman budak budak ni. https://t.co/ADv5NXRN3P
— yef (@annnnataesyf) May 26, 2022
Real man dont disrespect themselves like that just bcs a woman https://t.co/LJPl5ThNvR
— leppo (@alippysff) May 25, 2022
Klang ni kalau bab gaduh, pecah kereta/muka & tembak-menembak memg tak sah. Tiap bulan ada je. https://t.co/VqWTf9RFBf
— SyahMe (@AfSyahMe) May 25, 2022
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata bahawa pihaknya telah menahan kesemua lapan suspek yang berusia di antara 14 hingga 21 tahun dan merampas beberapa telefon bimbit, pakaian, sebuah motosikal dan juga dua batang besi besbol.
Malah, kesemua lapan suspek akan direman di antara tiga hingga enam hari bagi menjalani siasatan berikutan kejadian tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
‘Selesa Macam Naik Kapal Terbang’ – Netizen Terpegun Dengan Fasiliti Bas Ekspres ‘Kayangan’ Ini
Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022