Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 berhubung laporan diterbitkan stesen televisyen Awesome TV iaitu berita  yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Susulan aduan yang diterima berhubung laporan itu, pihak mereka telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Awesome TV semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Malay Mail

MCMC dalam kenyataan pada hari ini berkata siasatan tersebut berkaitan kegagalan mematuhi syarat lesen. Sebaik kertas siasatan dilengkapkan, ia akan diserahkan  kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC menekankan, pihaknya memandang serius aduan pengguna mendakwa saluran berita swasta menyebarkan laporan yang mendatangkan kebimbangan penjawat awam.

Sehubungan itu, YB Fahmi Fadzil mengingatkan semua agensi media supaya menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab dan beretika serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan.