Ketika ini, kita masih lagi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan semua orang diminta untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Terbaharu, sebuah jenama fesyen terkenal telah menganjur pertunjukan fesyen semalam dan beberapa gambar telah dikongsikan di media sosial milik jenama tersebut. Akan tetapi, gambar tersebut meraih perhatian netizen disebabkan ramai penonton tidak memakai pelitup muka ketika acara berlangsung dan tidak patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

ExSq6sGVcAM4Uqx

Screenshot-2021-03-25-at-12.18.19-PM

Gambar tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen mengkritik penganjuran majlis tersebut yang tidak mematuhi SOP. Bukan itu sahaja, para netizen turut mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak mengawal para tetamu agar mematuhi SOP agar tidak berlaku penularan wabak COVID-19.

https://twitter.com/elliefnd/status/1375009170169098241

https://twitter.com/philocalypris/status/1374962300914855936

https://twitter.com/thxrx/status/1374952626865905667

Malah, ada juga netizen mendakwa pemilik jenama terkenal tersebut mengakui bahawa pertunjukan fesyen tersebut memang tidak mematuhi SOP dalam sebuah video.

Difahamkan, ada juga yang bertanya kepada pihak penganjur kenapa ada para tetamu tidak memakai pelitup muka dan dikhabarkan bahawa gambar sudah disunting membuatkan para tetamu kelihatan tidak memakai pelitup muka.

ExS0basU4AEA6F5
Sumber: Murai

Pada awal bulan Mac yang lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan kebenaran penganjuran majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP ditetapkan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan jenama ini pada pautan di bawah.

Model Instagram Diberi Amaran Oleh DBKL Selepas Bergambar Dan Rosakkan Pokok Bunga Di River Of Life

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta