Sudah acap kali, kita melihat kejadian pemandu yang mabuk menyebabkan kecelekaan kepada pengguna jalan raya. Tidak kiralah bangsa apa sekali pun memandu dalam keadaan mabuk atau berkhayal adalah menyalahi undang-undang dan patut dikenakan tindakan keras kepada pesalah.
Terbaharu, tular sebuah video di Tiktok yang memperlihatkan suasana insiden yang melibatkan seorang pemandu india yang dipercayai telah melanggar pengguna jalan raya lain.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah seorang lelaki berbangsa india yang telah memberi “ceramah” kepada individu sebangsanya yang telah melanggar orang lain di dalam kejadian tersebut.
Lelaki berbaju putih itu langsung memarahi individu terbabit kerana telah menyusahkan orang lain dek kerana tindakan memandu melulunya.
“Kalau you mabuk, duduk diam dekat rumah. Jangan tunjuk hero dekat highway. Bukan lu punya bapa punya jalan.
“Nanti orang mati macam mana. Itu kakak, adik (merujuk kepada mangsa yang dilanggar) dekat hospital di mati ka hidup kita tak tahu. Nanti gua masuk dalam sapa mau bayar? Bapa lu ka?, ujarnya dengan nada marah kepada suspek tersebut.
@anginpergi Replying to @Dafi__81 video takde sound. #fypシ゚viral
Video tersebut dengan pantas meraih perhatian netizen dan rata-rayanya sangat berpuas hati dengan “ceramah” yang diberikan kerana sudah meluahkan apa yang sudah terpahat di dalam hati semua pengguna jalan raya kepada individu sebegini.
Setakat ini, lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenal pasti namun mereka telah membawa mangsa dan suspek ke hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya.