Seperti semua sedia maklum, semalam kita digemparkan dengan perletakan jawatan oleh Menteri Pendidikan iaitu YB Dr Maszlee Malik. Beliau mengumumkan keputusan tersebut di Kementerian Pendidikan di Putrajaya petang semalam.
Dengan hati yang redha walaupun berat, saya Maszlee Malik dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuatkuasa 3 Januari 2020. pic.twitter.com/PUWJTF3m1F
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) January 2, 2020
Sungguh, keputusan tersebut merupakan satu kehilangan besar buat negara. Rata-rata rakyat Malaysia sangat terkejut dan kecewa dengan berita tersebut. Mana tidaknya, Dr Maszlee Malik merupakan seorang tokoh yang penuh dedikasi dalam kerjanya dan sudah membawa pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidikan negara.
Malah ada yang mahu beliau kembali menggalas semula tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Antara pencapaian Dr Maszlee Malik sepanjang bergelar Menteri Pendidikan
Kadar Sifar Sekolah Daif
KPM berjaya menyiapkan 90% daripada keseluruhan projek 534 projek baik pulih sekolah daif di seluruh negara pada tahun 2019. Inisiatif khas ini agar semua guru dan murid mendapatkan akses kepada pendidikan berkualiti serta infrastruktur sekolah yang menampung pembelajaran yang kondusif.
Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU
Peruntukan sebanyak RM23 juta disalurkan kepada sekolah kebangsaan, bahi pembangunan kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), membantu golongan itu mendapatkan pendidikan sama rata, tidak tercicir dalam mendapatkan ilmu pembelajaran.
Program Pertukaran Guru ‘Suka Sama Suka’
Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu guru, supaya kurang tertekan dan fokus dalam mendidik anak murid. Permohonan pertukaran tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.
Program Sarapan Pagi Percuma
Program ini diperkenalkan pada Januari 2020, bagi memastikan pelajar-pelajar terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi
KPM telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 sekolah seluruh negara di kawasan bandar dan luar bandar.
Kebajikan Guru Lebih Terjaga
50% bebanan guru dikurangkan melalui penghapusan sistem buku kehadiran manual dan linus. Bagi pengurusan SPBT, kementerian menambah baik proses perekodan di mana guru tidak perlu menulis perolehan, pengurangan bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital (softcopy)
Peningkatan Dalam Pendidikan TVET.
Technical and Vocational Education Training (TVET) atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional mampu menambah penyertaan belia dalam bidang kemahiran. Melalui program ini, belia dapat meningkatkan kemahiran diri dan akan didedahkan dengan keupayaan sesuatu produk dengan lebih dekat melalui eksperimen atau uji kaji.
Dalam tempoh yang singkat, KPM di bawah kempimpinan YB Dr Maszlee Malik telah berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara. Banyak pembaharuan yang telah dan bakal dilaksanakan dibawah portfolio beliau.
Dikepilkan beberapa artikel berkaitan perletakan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang mengejutkan negara semalam. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
YB Maszlee Malik Sahkan Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan
Tidak Setuju Peletakan Jawatan YB Maszlee Malik, Netizen Lancar Petisyen Untuk Beliau Kembali