Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing dari Rusia, InDrive dan Maxim.

Walaupun diarah untuk menghentikan operasi, pihak kedua-duanya masih boleh membuat rayuan, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.

“Dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan, namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan,” kata Anthony Loke.

PENGHANTAR Gesa Kerajaan Sekat InDrive, Maxim, Kenapa?

Perkembangan itu dikongsikan susulan Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (PENGHANTAR Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengesa pihak kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap kedua-dua aplikasi tersebut.

Pihak tersebut mendakwa mereka menjalankan operasi tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Sumber