Sebagai sebuah liga bola sepak profesional yang terbaik di Asia, J.League telah bertungkus lumus untuk menyediakan struktur kepada operasi liga bola sepak mereka untuk satu jangkamasa panjang.

Mungkin ada beberapa perubahan yang dilakukan kepada struktur itu tetapi tidak menggangu keseluruhan ekosistem liga seluruhnya. Salah satu struktur penting bola sepak Jepun adalah mengenai kontrak pemain profesional.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tidak ramai yang tahu bagaimana dan apakah kontrak pemain profesional Jepun secara lebih dalam. Vocket FC telah berpeluang untuk mendalami perkara ini sejak beberapa tahun lalu dan akan cuba menerangkan secara ringkas berkenaan perkara ini.

3 Jenis Kontrak Pemain J.League

Kontrak Pro A & Pro B

Kontrak Pro A merupakan jenis kontrak paling berprestij dalam saingan liga bola sepak Jepun. Pemain yang mempunyai kontrak pro A tidak mempunyai limit gaji dan kelab bebas untuk membayar berapa sahaja jumlah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Setiap pasukan yang beraksi dalam saingan J1 League, dibenarkan untuk memiliki minimum 15 orang pemain yang berstatus kontrak pro A dan maksimum 25 pemain sahaja. Manakala bagi kelab J2 League pula, wajib memiliki sekurang-kurangnya 5 orang pemain berstatus kontrak pro A.

news_232471_1

Jika sesebuah kelab itu telah memenuhi kuota pemain mengikut jenis kontrak yang telah ditetapkan, mereka dibenarkan untuk mendaftar pemain-pemain amatur. Kebiasaannya, pemain berstatus amatur ini akan dibayar mengikut penampilan dalam perlawanan. Contoh pemain yang selalu berada dalam golongan ini adalah pemain dari liga universiti, sekolah tinggi dan pemain dari skuad remaja sesebuah pasukan.

Selain itu, bagi pemain yang baru sahaja layak memiliki kontrak pro A, mereka akan dikenakan limit gaji sebanyak JPY6,700,000 (RM239,071) setahun bagi tahun pertama dan bagi tahun kedua serta seterusnya tiada limit gaji dikenakan.

Bagi pasukan yang layak beraksi dalam kejohanan AFC Champions League, J.League membenarkan mereka mendaftarkan 27 pemain berstatus kontrak pro A, bagi mengurangkan beban pasukan untuk ‘rotation’ pemain.

Tiada perbezaan yang ketara untuk kontrak pro A dan pro B kecuali berkaitan dengan jumlah gaji tahunan serta bayaran penampilan.

Untuk pemain berstatus pro B, mereka dikenakan had gaji sehingga JPY4,600,000 (RM164,122) setahun. Namun bagi ‘menampung’ had gaji yang rendah ini mereka diberikan bayaran penampilan bagi setiap perlawanan diturunkan.

Bayaran penampilan ini dikenali sebagai ‘premium appearance fee’ atau bayaran penampilan premium dan kelab hanya dibenarkan membayar maksimum JPY47,620 (RM1,699) kepada pemain bagi setiap penampilan.

Pemain-pemain yang ingin memiliki kontrak pro A atau B perlu memenuhi syarat masa bermain seperti dibawah:

J1.League: 450 minit masa bermain
J2.League: 900 minit masa bermain
J3.League / JFL: 1,350 minit masa bermain

Selain itu, mereka juga akan layak memiliki kontrak berstatus pro A / pro B sekiranya telah memegang status pro C lebih dari 3 tahun.

Kontrak Pro C

Kontrak pro C pula adalah untuk pemain-pemain yang masih tidak berjaya memenuhi jumlah masa permainan seperti dibawah.

J1.League: 450 minit masa bermain
J2.League: 900 minit masa bermain
J3.League / JFL: 1,350 minit masa bermain

Kontrak jenis ini adalah lebih tertumpu kepada pemain-pemain amatur untuk memulakan karier bola sepak. Pemain-pemain dalam kontrak pro C dikenakan had gaji sehingga JPY4,600,000 (RM164,122) setahun serta bayaran penampilan seperti kontrak pro B pada nilai maksimum JPY47,620 (RM1,699) seorang setiap perlawanan.

news_232361_20

Setiap pemain yang bercita-cita untuk beraksi secara profesional wajib untuk bermula dari status kontrak pro C tanpa gagal.

Kontrak pro C hanbya untuk dalam tempoh 3 tahun pertama sahaja. Selepas lebih dari 3 tahun, seseoranng pemain itu wajib untuk menerima kontrak pro A atau pro B bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Sekiranya seseorang pemain berstatus pro C berpindah ke kelab lain sebelum tamat tempoh 3 tahun, pemain itu akan kekal berstatus kontrak pro C sehingga cukup 3 tahun sebelum kelab barunya dibenarkan untuk menawarkan kontrak pro A atau pro C.

Nota: Artikel ini adalah sebagai penerangan ringkas mengenai jenis kontrak pemain dalam J.League. Masih ada beberapa perkara lebih dalam berkaitan kontrak ini tetapi ini adalah gambaran bagaimana pemain bola sepak Jepun menerima kontrak sebagai pemain profesional.