Sebut mengenai jenama Honda pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menjadi jenama negara luar pilihan rakyat Malaysia dalam tempoh yang panjang jelas membuktikannya.

Selain itu, wujud pula sentimen yang mengatakan seseorang yang memakai Honda merupakan seorang yang mempunyai kewangan yang baik dan stabil.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular di Facebook Group Honda City 2020 Malaysia apabila seorang pengguna Honda City tampil mengadu harga servis Honda City yang dikatakan ‘keras’ atau mahal.

Menurutnya, beliau telah dicas sebanyak RM420 untuk servis 20,000km Honda City miliknya. Hal ini membuatkan beliau memohon pendapat menerusi orang ramai dalam Facebook Group untuk cadangan mengurangkan kos harga servis.

Perkongsian yang dibuat nyata mendapat sambutan hangat daripada netizen yang terkejut dengan persoalan lelaki ini. Selain itu, Facebook Group yang boleh diakses oleh orang ramai tanpa menyertai Facebook Group ini membuatkan perkongsian lelaki ini semakin rancak.

Menurut para segelintir pada netizen, harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan kereta jenama dari Jepun itu. Tidak kurang juga yang memaklumkan lelaki ini perlu mendapatkan jenama kereta tempatan sekiranya tidak mampu membayar harga servis yang dikatakan mahal itu.

Sumber: FB Honda City 2020 Malaysia
Sumber: FB Honda City 2020 Malaysia

Sementara itu, rata-rata netizen tampil berkongsi agar orang ramai lebih cakna mengenai kewangan serta membuat kira-kira terlebih dahulu sebelum memiliki sesebuah kereta.

Memecahkan anggaran pemilikan kereta tahunan kepada bulanan antara yang boleh dilakukan dalam mengetahui seseorang itu mampu atau sebaliknya memiliki sesebuah kereta.

Difahamkan harga servis sesebuah kereta akan lebih mahal khususnya apabila melibatkan mileage atau jarak tempuh yang lebih tinggi.

Situasi yang berlaku sekaligus menjadi pengajaran kepada lelaki serta orang ramai agar ‘mengukur baju di badan sendiri’ khususnya dalam mendapatkan sesebuah kereta yang memerlukan komitmen yang panjang.

Sumber