Bagi sesetengah orang, hari Khamis mungkin hari biasa. Tapi buat para peminat tegar Nintendo, ia merupakan hari yang penuh gembira apabila Nintendo Switch 2 secara rasmi dilancarkan dan ramai yang sanggup beratur sejak awal pagi semata-mata nak jadi antara yang pertama memiliki konsol ini, lapor BBC.
Di kawasan membeli-belah terkenal Ikebukuro, Tokyo, puluhan pembeli yang menang dalam sistem undian jualan eksklusif oleh Bic Camera, sudah pun bersiap sedia sebelum kedai dibuka.
Antara mereka ialah Yumi Ohi, seorang wanita berusia 30 tahun dari Prefektur Saitama yang hampir menangis kegembiraan kerana akhirnya berjaya mendapatkan Switch 2 selepas beberapa kali gagal sebelum ini.
Apa Yang ‘Specialnya’ Nintendo Switch 2?
Pertama sekali, Nintendo Switch 2 bukan sekadar ‘upgrade’ biasa.
Walaupun dari luar nampak seperti sambungan kepada model asal Switch yang dilancarkan pada 2017, versi baru ini datang dengan beberapa pembaharuan menarik yang buatkan ramai tak sabar nak genggam sendiri.
Antaranya ialah:
- Skrin lebih besar dan lebih terang – pengalaman main game jadi jauh lebih seronok.
- Grafik kualiti tinggi – sesuai untuk game moden yang menuntut visual berkualiti tinggi.
- Permainan eksklusif baru seperti Mario Kart World – bukan port lama, tapi benar-benar pengalaman baru.
Ini semua menjadikan Switch 2 sebagai konsol yang bukan sahaja portable dan fleksibel seperti pendahulunya, tetapi kini lebih bersedia untuk menandingi konsol ‘besar’ seperti PS5 dan Xbox dalam aspek visual dan prestasi.
Kenapa Permintaan Terlalu Tinggi?
Switch pertama merupakan fenomena global.
Sejak ia dilancarkan pada tahun 2017, Nintendo berjaya menjual lebih dari 152 juta unit di seluruh dunia.
Permainan seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild dan Animal Crossing: New Horizons jadi kegilaan semasa pandemik.
Jadi, bila generasi baru diumumkan — permintaan melonjak tinggi.
Menurut penganalisis industri, Piers Harding-Rolls dari Ampere Analysis, jumlah pengguna Switch yang sedia ada dijangka akan memacu permintaan untuk Switch 2 pada fasa awal ini.
Ditambah pula dengan hakikat bahawa Nintendo kini lebih bersedia dari sudut pengurusan stok dan bekalan, walaupun dunia sedang berdepan cabaran ekonomi dan perang dagang.
Harga dan Sasaran Jualan
Switch 2 dijual pada harga sekitar US$499.99, menjadikannya antara konsol Nintendo paling premium setakat ini.
Tapi itu langsung tak menghalang peminat untuk membelinya — malah Nintendo sendiri yakin boleh menjual 15 juta unit Switch 2 untuk tahun fiskal semasa.
Selain itu, mereka juga masih merancang menjual 4.5 juta unit Switch lama.
Dengan strategi dua arah ini, Nintendo jelas ingin menjaga kedua-dua pengguna baru dan setia.