Kalau anda ada rasa ingin tahu dengan masa depan budaya digital, boleh letak dalam kalendar siap-siap, sebab Ape Carnival bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Dipersembahkan oleh 8sian Magazine, festival pertama di Malaysia yang gabungkan Web3, seni, muzik, dan komuniti dalam satu pesta yang wajib dikunjungi.
Best part? Free entry! Acara ini bakal jadi tempat berkumpul untuk komuniti ape Web3, kolektor NFT, dan sesiapa saja yang nak tahu tentang blockchain.
Lokasi? A Place Where oleh APW di Bangsar – satu urban campus yang dah terkenal sebagai hotspot untuk kreatif, kolaborasi, dan idea gila-gila.
Tempat ini memang sesuai untuk acara macam ni sebab ia dirancang untuk cetuskan perbincangan berani tentang masa depan teknologi dan budaya.
Bayangkan: dalam satu ruang yang penuh dengan vibe inovatif, anda boleh jumpa orang-orang yang sama-sama ada semangat tentang NFT, desentralisasi, dan bagaimana dunia digital boleh sebati dengan kehidupan seharian.
Terinspirasi dari APE FEST, Dibawa ke Asia
Ape Carnival ini sebenarnya terinspirasi dari APE FEST di US – event tahunan anjuran Bored Ape Yacht Club (BAYC), salah satu komuniti NFT paling iconic dunia under Yuga Labs.
Sekarang, semangat yang sama dibawa ke Asia, khusus untuk peminat Web3 di rantau ni.
Dan sebagai bonus, Auto Bavaria BMW & MINI pun bakal sertai meriahkan karnival ini dengan pamerkan dua model terbaru 2025 – MINI Aceman dan BMW iX2 – dalam reka bentuk bertema ape yang eksklusif.
Jangan Terlepas – Datang & Sertai!
Tak kisah kalau anda newbie dalam Web3 atau dah lama dalam scene NFT, Ape Carnival ini sesuai untuk semua.
Datang untuk connect, belajar benda baru, dan jadi sebahagian dari revolusi digital ni.
Tarikh: 6 April 2025
Lokasi: A Place Where oleh APW, Bangsar
Harga: PERCUMA (Tapi register awal untuk elak sesak!)
Jom, jumpa kat sana!