Selain jam tangan pintar, Apple turut memperkenalkan produk audio mereka iaitu AirPods 4 yang mana membawa beberapa perubahan ketara sejak pengenalan model terakhir pada 2021 yang lalu.

Apple AirPods 4

Apple AirPods 4 Bawakan Kerangka Kompak Dan Naik Taraf Sokongan Audio
Sumber Gambar: Apple

Apple AirPods 4 kini hadir dengan cip H2 yang bakal menjanjikan kualiti audio yang lebih baik disamping sokongan mengasingkan audio dan suara secara langsung dengan efektif.

Apple AirPods 4 Bawakan Kerangka Kompak Dan Naik Taraf Sokongan Audio
Sumber Gambar: Apple

Ini bermakna anda bakal menikmati satu pengalaman audio baharu di mana boleh menggunakannya sambil berkomunikasi atau ketika sedang mendengar lagu dan berinteraksi dalam dunia nyata dengan jelas malah sebarang musik akan dimatikan secara automatik.

Apa yang menarik menerusi AirPods generasi ke-4 ini juga mempunyai sokongan “Siri Interactions”, membolehkan anda gelengkan kepala untuk menolak panggilan, atau mengangguk untuk menjawab panggilan.

Apple AirPods 4 Bawakan Kerangka Kompak Dan Naik Taraf Sokongan Audio
Sumber Gambar: Apple

Airpods 4 turut hadir dengan kerangka bersaiz lebih kompak serta sokongan untuk pengecasan USB C. Kerangka ini turut hadir dengan speaker terbina, sekaligus memudahkan anda menjejaknya menggunakan Find My seperti yang terdapat pada model Pro sebelum ini.

Apple AirPods 4 Bawakan Kerangka Kompak Dan Naik Taraf Sokongan Audio
Sumber Gambar: Apple

Menerusi pengenalan ini juga, buat pertama kali Apple turut membawakan dengan pilihan pembatalan hinggar aktif dalam model berasingan.