Sebut mengenai Apple pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama yang kerap mengeluarkan produk dengan harga yang premium ini. Menawarkan Apple Mac Pro dengan harga sehingga RM218,974 antara salah satu daripadanya.

Dalam pada itu, sejak akhir-akhir ini dapat dilihat Apple nampaknya turut mengeluarkan produk yang lebih mampu milik buat pengguna contohnya seperti iPhone SE.

Bersempena dengan usaha Apple untuk menghasilkan cip pemprosesan sendiri tanpa bergantung lagi kepada Apple, jenama ini dilaporkan sedia menawarkan Macbook dengan harga terendah dalam sejarah syarikat ini.

https://twitter.com/theapplehub/status/1290848793928187904

Menerusi ura-ura yang dikongsikan, Apple dijangka memperkenalkan Macbook 12-inci dengan processor Apple Silicon 5nm 12-core pada 27 Oktober ini. Harga yang dijangka bakal diumumkan pastinya menggembirakan ramai iaitu serendah $799 (RM3,358.60). Sebagai perbandingan model Macbook Air dengan harga terendah kini ditawarkan pada harga RM4,399.

Selain itu, beberapa model daripada siri Macbook yang lain dijangka turut mengalami penurunan harga menerusi penggunaan processor Apple Silicon. Sekiranya benar Apple berjaya menurunkan harga Macbook, sudah pastinya orang ramai khususnya pengguna lama Macbook bakal memilih untuk upgrade ke model terbaru ini.

Dalam perkembangan lain, Apple memberi bayangan Apple Pay bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Apple Pay Sudah Mula Diaktifkan Di Malaysia Namun Masih Belum Dapat Digunakan

Rekaan Apple iPhone 12 Sekali Lagi Tertiris