Peranti boleh-lipat kini diminati ramai kerana ia lebih fleksibel untuk kegunaan seharian. Salah satu syarikat terkemuka yang dijangka bakal menawarkannya adalah Apple.
Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, iPad boleh-lipat bakal ditawarkan seawal tahun hadapan. iPad boleh-lipat ini dikatakan sudah dalam pembangunan dan menjadi fokus utama sejak tahun lalu lagi.
Baca Juga:
- iPhone 15 Kini Dilaporkan Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal Di China
- iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Butang ‘Volume’ Seperti Home Button iPhone 7
- Harga iPhone 15 Ultra Dijangka Jauh Lebih Mahal Berbanding iPhone 14 Pro Max
(3/3)
Anjie Technology will be the new beneficiary of the all-new design foldable iPad. There may be no new iPad releases in the next 9-12 months as the iPad mini refresh is more likely to begin mass production in 1Q24.— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) January 30, 2023
Kuo menambah iPad boleh-lipat ini akan hadir dengan tongkat yang diperbuat daripada bahan gentian karbon yang dikeluarkan oleh firma Anjie Technology yang berpengkalan di China. Dengan penawaran iPad alaf baru ini, Apple berharap dapat meningkatkan jualan tablet mereka.
Dikatakan tiada penawaran iPad baharu dalam tempoh sembilan ke 12 bulan kelak memandangkan iPad Mini baharu akan mula dihasilkan secara besar-besaran pada suku pertama tahun 2024.
Apple sendiri melihat potensi pasaran peranti boleh-lipat kian meningkat pada saban tahun. Malah, para pengguna juga mahukan sesuatu kelainan pada penawaran barisan produk Apple dalam beberapa tahun ini.