Sekiranya anda mengikuti perkembangan berita mengenai kriptowang dan Apple, pastinya anda cukup tahu di mana ura-ura Apple membeli Bitcoin bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ramai yang beranggapan Apple bakal mendapatkan Bitcoin berdasarkan teknologi yang ditawarkan.
Terbaharu, ura-ura mengenai pembelian Bitcoin oleh Apple sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila terdapat tweet mengatakan Apple mendapatkan Bitcoin dengan jumlah melebihi daripada $2 bilion (~RM8.38 bilion).
Rumors that #Apple have purchased more than $2B in #Bitcoin 😳
— GalaxyTrading (@GalaxyTrading_) July 12, 2021
https://twitter.com/JoshRoomsburg/status/1414551884698898441
Laporan daripada CEO ChainLeak, Joshuwa Roomsburg pula memaklumkan syarikat Apple dilaporkan sedia mendapatkan Bitcoin bernilai $2.5 bilion (~RM10.48 bilion). Beliau yang cukup berharap dengan ura-ura ini mengatakan beliau sedia menyokong Apple dengan mendapatkan iPhone terbaru dan untuk digunakan sebagai hiasan.
Ura-ura ini dikuatkan lagi selepas Apple dilihat membuka peluang pekerjaan dalam mencari pekerja baharu yang mempunyai latar belakang dalam industri melibatkan wallet digital, fast payments dan kriptowang bagi mengisi jawatan sebagai pengurus pembangunan perniagaan.
Teknologi Bitcoin dipuji pengasas bersama Apple
Steve Wozniak selaku pengasas bersama Apple baru-baru ini juga turut memaklumkan beliau teruja dengan teknologi yang tersedia pada Bitcoin serta mendakwa Bitcoin lebih baik berbanding emas. Walau bagaimanapun, beliau mengakui tidak melabur di Bitcoin setakat ini dan sekadar positif dengan perkembangan Bitcoin.
Naib presiden Apple Pay, Jeniffer Bailey pada tahun 2019 turut mengakui Apple sememangnya kagum dan mempunyai minat terhadap teknologi kriptowang.
Sebagai rekod, harga Bitcoin dilihat melonjak sebanyak 20% selepas Tesla mengumumkan pembelian Bitcoin sebanyak $1.5 bilion sekitar awal Februari lalu.
Buat pelabur kriptowang, pastinya ramai yang mengharapkan ura-ura ini benar kerana mampu melonjakkan harga kriptowang selepas jatuh berikutan keputusan China untuk mengharamkan penggunaan kriptowang beberapa bulan terakhir ini.
Sekitar April lalu, terdapat laporan yang mengatakan Apple Store pertama Malaysia dijangka bakal dibuka di The Exchange TRX seawal tahun hadapan.
Apple Store Pertama Malaysia Dijangka Bakal Dibuka Di The Exchange TRX Menjelang 2022
Kemunculan Mee Goreng Malaysia Dalam Apple Event Buat Netizen Bangga
Lelaki Ini Beli Buah Epal Secara ‘Online’, Tetapi Yang Dihantar iPhone SE Dari Apple