Semalam Apple Inc. telah mencatatkan kejayaan dengan kemenangan 52 paten antaranya ciri Face ID untuk iPhone X dan MacBook pada masa hadapan. Apple turut berjaya memenangi paten untuk penemuan cara pemprosesan data yang digunakan oleh syarikat tersebut.

Selain itu, Apple juga berjaya mendapatkan paten untuk 3 rekaan berkaitan dengan aktiviti peruncitan dan paparan di kedai Apple. Bukan itu sahaja, penyusunan perabot di kedai Apple juga mendapat paten.

Apple Store

Mungkin selepas mendapat sejumlah paten ini Apple tidak lagi dikaitkan dengan isu paten daripada syarikat elektronik lain.