Pada pagi tadi, Apple baru sahaja mengadakan acara khas bagi mengumumkan penawaran kemas kini peranti tablet mereka dan beberapa barangan lain setelah sekian lama dinantikan oleh peminat.

Untuk barisan tablet, Apple melancarkan iPad Air baharu dengan beberapa penambah baikan menarik bagi memenuhi keperluan seharian pengguna.

Apple iPad Pro 2024 kali ini pula memperlihatkan peningkatan yang drastik dari segi prestasi dan paparan skrin namun tiada perubahan ketara untuk rekaan luaran seperti yang diharapkan ramai.

Berikut adalah maklumat spesifikasi penuh untuk barisan tablet iPad baharu ini.

iPad Air M2

Apple Perkenalkan iPad Air M2 Dan iPad Pro M4 Dengan Harga Bermula RM2,999
Sumber Gambar: Apple

iPad Air kini hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 11-inci dan juga 13-inci. Hal ini sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna mengikut keperluan masing-masinf, dan pada masa yang sama skrin bersaiz besar memberikan lebih ruangan dalam membuat tugasan.

Apple iPad Air ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple M2 di mana mampu menawarkan kuasa pemprosesan 50% lebih pantas berbanding sebelumnya. Selain sokongan untuk tugasan yang lebih berkuasa, cip ini juga membolehkan pengguna menikmati sokongan grafik, selain ciri-ciri AI daripada pelbagai aplikasi untuk pembelajaran mesin.

Apple Perkenalkan iPad Air M2 Dan iPad Pro M4 Dengan Harga Bermula RM2,999
Sumber Gambar: Apple

Dari segi pilihan storan, ia kini bermula 128GB, dan ditawarkan dengan pilihan sehingga 1TB. Melengkapkan ia juga adalah sokongan Touch ID, WiFi 6E, disamping sokongan kamera 12-megapixel dan rangkaian 5G.

Apple iPad Air ditawarkan pada harga bermula RM2,999 untuk model 11-inci, sementara model 13-inci pula ditawarkan pada harga bermula RM3,999.

iPad Pro M4

Apple Perkenalkan iPad Air M2 Dan iPad Pro M4 Dengan Harga Bermula RM2,999
Sumber Gambar: Apple

iPad Pro generasi ke-7 ini dilengkapi skrin Tandem OLED 11-inci dan 13-inci 120Hz ProMotion. Menurut Apple, Tandem OLED adalah dua panel OLED yang digabungkan bagi memberikan kadar kecerahan maksimum sehingga 1600-nits.

Apa yang mengejutkan ramai pada kali ini adalah iPad Pro baharu ini dilengkapi cip paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Apple. Cip berkuasa ini yang sepatutnya tersedia pada MacBook terlebih dahulu kini sudah pun digunakan pada iPad Pro terbaharu mereka.

Apple Perkenalkan iPad Air M2 Dan iPad Pro M4 Dengan Harga Bermula RM2,999
Sumber Gambar: Apple

Malah, Apple turut menekankan yang tablet ini tampil lebih nipis, di mana model 13-inci hanya setebal 5.1mm, sementara 11-inci adalah setebal 5.3mm.

Selain menyokong Apple Pencil Pro baharu, menyokong sistem haptik, tekanan, putaran dan menariknya menyokong Aplikasi Find My untuk penjejakan jika berlaku kehilangan.

Apple Perkenalkan iPad Air M2 Dan iPad Pro M4 Dengan Harga Bermula RM2,999
Sumber Gambar: Apple

iPad Pro pada tahun ini hadir dengan storan sehingga 2TB. Kamera utama pula 12MP sudut lebar, 10MP ultra sudut lebar dan sensor 3D ToF. Untuk bahagian hadapam pula, kamera 12MP sudut lebar digunakan bersama dengan sokongan Face ID.

Kamera akhirnya diletakkan pada posisi landskap yang memudahkan penggunanya lengkap dengan sokongan Center Stage. iPad Pro 2024 dikuasakan dengan sistem operasi terkini iaitu iPadOS 17.

Apple iPad Pro 11-inci ditawarkan pada harga bermula RM5,299, sementara model 13-inci pula pada harga bermula RM 6799. Ini adalah untuk model WiFi serta storan 256GB. Sementara itu Apple Pencil Pro pula dijual pada harga RM599 sebatang.

Anda boleh lawati laman rasmi Apple untuk melihat penawaran terbaharu barisan iPad yang serba canggih ini.