Apple sedang mempertimbangkan pelaburan bernilai USD10 juta di Indonesia bertujuan menangani larangan penjualan iPhone model terbaharunya di negara itu, menurut laporan South China Morning Post.
Cadangan itu melibatkan kerjasama dengan pembekal untuk mewujudkan sebuah kilang di Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat.
Baca Juga:
- Jakarta Larang iPhone 16 Dijual Selagi Apple Tidak Melabur Di Indonesia
- Apple Rugi RM10.55 Juta Kena ‘Scam’ iPhone Palsu
- Apple iPhone 16 Dilengkapi Cip A18 Dan Butang Kawalan Kamera Diperkenalkan
Kemudahan kilang ini akan menghasilkan aksesori dan komponen untuk produk Apple, memperluaskan keupayaan pengeluaran tempatan.
Kementerian Industri Indonesia sudah menerima cadangan itu selepas menafikan permit penjualan iPhone 16 kerana Apple tidak memenuhi peraturan tempatan yang sedia dilaksanakan di negara tersebut.
Peraturan ini meliputi keperluan pelaburan dan juga memperbaharui persijilan kandungan tempatan.
“Kami sudah mendengar dan sudah menghubungi [Apple]. Tapi ini kita akan bincang lebih lanjut nanti,” kata Timbalan Menteri Industri Indonesia, Faisol Riza.
Faisol mengatakan nasib penjualan iPhone 16 di Indonesia akan diumumkan oleh Menteri Perindustrian (Menperin), Agus Gumiwang Kartasasmita.
iPhone 16 COMING SOON 🇮🇩!!!
Apple kabarnya akan segera menambah investasi mereka di Indonesia sebesar $10 juta atau sekitar 150 miliar Rupiah! Tujuannya supaya bisa segera menjual iPhone 16 series dan produk Apple lainnya yang menggunakan jaringan seluler.
Dikutip dari… pic.twitter.com/J8sxzNZOdw
— Bhaguz Hernawan (@bhaguz_403) November 5, 2024
Pelaburan bernilai USD10 juta itu dianggap harga yang agak kecil untuk Apple mendapat akses penjualan produk mereka kepada kira-kira 278 juta pengguna Indonesia – lebih separuh daripada mereka di bawah umur 44 tahun dan mahir teknologi.
Walaupun pasaran Indonesia menghadapi kelewatan akibat peraturan pelaburan tempatan yang ketat, Malaysia mendapat manfaat daripada aliran produk teknologi yang agak lancar.
Situasi ini memberi kelebihan kepada Malaysia yang mampu menarik minat pengguna teknologi Indonesia untuk memiliki model iPhone terbaharu sebelum ia dilancarkan secara rasmi di negara mereka.