Untuk jurugambar profesional, apa yang diajar oleh Apple ini sebenarnya perkara basic yang semua jurugambar sudah tahu. Tetapi untuk edisi terbaru ‘How To Shoot’, Apple mahu semua pengguna iPhone X menggunakan kamera mereka secara potensi penuh.

4 video diperkenalkan untuk anda mencuba 4 fungsi kamera iPhone X; Pano, Burst Mode, Slow Mo dan Backlight. Bersempena Piala Dunia, tema untuk merakam video ini semestinya untuk merakam aksi bola sepak.

Untuk anda menghasilkan sebuah video pendek atau gambar yang berkualiti, cukup sekadar anda ada iPhone X. Semoga selepas menonton video-video ini, skill anda merakam video akan menjadi lebih hebat. Selamat mencuba!

https://www.youtube.com/watch?v=dnGs2eOE6hQ