Apa perasaan anda jika dapat edit dan gerakkan gambar lama atau gambar pegun hingga jadi bergerak macam video?

Terasa macam berjaya ubah gambar jadi hidup bukan? Orang cakap boleh pakai aplikasi cinemagraph atau plotagraph untuk bagi gambar pegun bergerak.

Tapi bila saya cuba install dan guna di smartphone, rasa susah sangat. Itu belum lagi bila nak save atau upload ke media sosial, siap ada watermark. Dah lah susah nak guna, kena bawa naik sekali watermark dia ke IG dan Facebook.

Hinggalah saya cuba cari lagi di Playstore dan terjumpa aplikasi Zoetropic. Bila cuba, not bad hasilnya. Mudah nak guna, user friendly, boleh edit gambar bagi bergerak dan yang penting free. Janji kena layan iklan dia sebelum dapat save file ke bentuk video / gif tanpa watermark. Mungkin ini cara developer apps ni buat duit kot. Haha.

Developer apps ini juga ada berkongsi tips bagaimana nak edit gambar menggunakan apps ini di akaun Instagram dan Facebook mereka. Link ke sosial media ada di letakkan dalam apps tersebut.

Berikut apa yang saya buat bila edit gambar pakai apps ni:

  1. Elakkan dari pilih gambar yang susah dan terlalu complicated. Tak nak peningkan kepala sendiri sebenarnya. Haha.
  2. Gambar yang best ialah gambar yang ada air dan awan. Baru nampak benda tu bergerak.
  3. Cari gambar yang terang. Kalau dah banyak sangat filter, pening sikit nak edit.
  4. Pilihlah gambar yang cantik.
  5. Sebaiknya gambar bersaiz besar sebab dalam apps ni boleh zoom untuk edit sampai ke celah-celah batu. Tapi tak lah boleh zoom macam photoshop tu. Apps free je pun. Tak kan nak banyak songeh jugak.
  6. Mungkin jika anda seorang jurugambar, anda tak berapa suka apps ini sebab saya perasan warna gambar / saturation ada lari sikit.

Ini antara hasil yang saya berjaya buat setakat ini.

1. Sebelum

aplikasi 2
Kredit gambar: Bella Azemi

Selepas edit pakai apps

 

2. Sebelum

aplikasi 3

Selepas edit pakai apps

 

3. Sebelum

aplikasi 1
Kredit gambar: Bella Azemi

Selepas edit pakai apps.

 

Ha. Amacam? Best? Yang penting kreatif. Memanglah tak 100% macam video yang dirakam tapi sekurangnya ada kelainan pada gambar anda yang dimuat naik ke Instagram.

Anda boleh cuba aplikasi ini dan edit gambar di masa tunggu flight depature atau sewaktu di dalam flight sebelum sampai ke destinasi.Just to kill the time katanya.

Ok lah. Habis pecah rahsia saya. Dah tak boleh nak eksyen dengan followers saya di IG. Haha.

Kepada followers saya jangan lupa tag saya di IG. Saya nak tengok hasil kerja kalian  pula. Adios.