Arab Saudi mahu menganjurkan sekuel pertarungan Mike Tyson vs Jake Paul.
Tyson dan Jake Paul sebelum ini bertarung dalam aksi pertunjukan yang ditaja oleh Netflix sebagai penyiar rasmi pertandingan.
Dengan pertarungan dimenangi oleh Jake Paul selepas aksi 8 pusingan. Paul menang dengan keputusan sebulat suara juri.
Sebelum ini Jake Paul membawa pulang $40 juta bayaran tetap. Sementara Mike Tyson pula membawa pulang $20 juta yang pasti.
Sementara baki bonus $20 juta diberikan sebagai bonus kemenangan dan beberapa bonus yang lain. Pastinya Jake Paul mendapat sebahagian besar daripada bonus itu selaku pemenang.
Melihat kejayaan acara tersebut baru baru ini, kerajaan Arab Saudi mahu membawa aksi ini sebagai salah satu acara global di negara mereka.
Sebelum ini Saudi sudah membawa masuk aksi WWE dan UFC. Dan kini mereka sedia membawa masuk aksi tinju melibatkan legenda Mike Tyson pula.
Kontraknya bukan calang calang. Mike Tyson ditawarkan bayaran $700 juta atau RM3.1 billion secara lansam dengan syarat dia menewaskan Jake Paul, dengan kemenangan secara KO dalam masa 3 minit.
🇸🇦 BREAKING NEWS:
Saudi Arabia has offered $700 million for a rematch between Jake Paul and Mike Tyson.
Mike Tyson will receive the full $700 million if he knocks out Jake Paul within 3 minutes. pic.twitter.com/wXau0HX9XW
— Update NEWS (@UpdateNews724) December 4, 2024
Itu baru cerita tentang bonus kemenangan untuk Tyson. Bayaran kontrak lain pastinya lebih besar daripada apa yang diraih oleh Tyson dan Paul sebelum ini.
Buat masa ini Tyson dan Jake Paul dalam proses pemulihan. Jika mereka menerima tawaran ini, ianya boleh menjadi salah satu acara dalam Riyadh Season yang diadakan secara tahunan sejak 2019.
Di mana ianya sebahagian daripada acara pelancongan tahunan Arab Saudi yang mahu membuka pintu kepada pelancong dari luar negara berkunjung ke Arab Saudi.
Riyadh Season adalah sebahagian penting dalam polisi kerajaan Arab Saudi yang kini dianggap mengamalkan dasar lebih terbuka kepada pelancong luar.