Pihak Asus bakal mengumumkan 2 telefon pintar yang dikhaskan untuk gaming khas buat para gamers di luar sana.
2 telefon pintar yang diberi nama Asus Z1 Titan dan Asus Z2 Poseidon bakal berkongsi spefikasi yang hampir sama iaitu 6GB RAM dan 256GB storan internal.
Ruang storan yang besar bakal memberi kelebihan buat para gamers untuk menyimpan game dengan lebih banyak manakala RAM yang besar menjanjikan kelancaran semasa bermain.
Di sebalik persamaan di dalam dua spefikasi yang dinyatakan, Asus Z1 Titan lebih memfokuskan kepada kekuatan processor dimana Asus Z1 Titan bakal menggunakan Snapdragon 830.
Saiz skrin Asus Z1 Titan lebih kecil berbanding Asus Z2 Poseidon dimana bakal menampil saiz skrin bersaiz 5.5 inci berbanding 6.0 inci Asus Z2 Poseidon.
Kami yakin faktor saiz dan ketebalan bakal menjadi bualan hangat buat para penggemar memandangkan memandangkan Asus Z1 Titan bakal menggunakan bateri 3500 mAh manakala Asus Z2 Poseidon bakal menggunakan tampil dengan saiz kapasiti bersaiz 6000 mAh.
Buat masa ini, kedua dua telefon pintar ini masih di dalam proses pembuatan dan bakal diumumkan pihak Asus pada 2017 ini.