Pasukan wanita e-Sukan Malaysia yang menyertai acara Mobile Legends: Bang Bang pada Sukan Sea 2023 berjaya merangkul pingat gangsa. Siapa sangka salah seorang ahli pasukan itu merupakan seorang pelajar Kolej Profesional Mara dan bergelar hafizah.
Menerusi hantaran akaun Facebook tokoh @drasyrafwajdidusuki, beliau berkongsi akan keterujaan dan bangga dengan kejayaan Sharifah Alia Husna Binti Syed atau dikenali sebagai Aria berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa dalam acara Mobile Legend di Sukan Sea.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
Beliau adalah seorang Pelajar Kolej Profesional Mara Beranang dan lebih membanggakan lagi, Aria merupakan hafizah yang menghafaz 30 juzu’ Al-Quran yang berjaya dalam bidang e-Sukan.
Dr Asyraf sempat meraikan kejayaan beliau bersempena Hari Mara Bersama Rakyat peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.
Pada acara Sukan Sea kali ini, pasukan Malaysia memperlihatkan prestasi yang cukup membanggakan menerusi pelbagai acara sekaligus menduduki tangga ke tujuh secara keseluruhannya. Tahniah diucapkan buat kontijen negara yang bertungkus-lumus untuk memenangi acara yang dipertandingkan.