Salah seorang atlet Israel yang bertanding di acara gimnastik di Olimpik Tokyo 2020 telah berjaya memenangi emas. Bagaimanapun, kemenangan beliau dipersoalkan oleh ramai orang terutamanya jurulatih Rusia apabila dia secara terang-terangan telah melakukan kesalahan dengan menjatuhkan pita semasa rutinnya. Bagi pandangan jurulatih Rusia tersebut, ia adalah kesalahan yang besar dan ia dirancang untuk meletakkan Israel di atas Rusia.

Dakwaan ini hadir dari Irina Viner-Usmanova, seorang jurulatih gimnastik berirama Rusia yang dianggap sebagai lagenda kerana telah berjaya membawa nama-nama besar untuk memenangi pingat di Olimpik. Kemenangan atlet Israel, Linoy Ashram dalam acara tersebut dipersoal oleh Viner disebabkan anak buahnya Dina Averina dari Rusia yang bertanding dalam acara sama hanya berada di kedudukan kedua selepas berjaya mempersembahkan aksi yang lebih sempurna berbanding Ashram.

“Ini adalah kesalahan dalam [menilai] dan ketidakadilan yang dilakukan secara terang-terangan … yang telah dirancang sejak awal lagi. Kesalahan yang tidak ada kaitannya dengan sukan yang bersih. Ini sama dengan doping atau memberi rasuah kepada hakim,” kata Viner kepada RT.

Tambah Viner lagi, kesalahan yang dilakukan oleh atlet Israel di akhir rutinnya tidak melayakkan dia untuk mendapatkan emas kerana kesalahan itu secara terang-terangan dapat dilihat, namun diabaikan oleh para hakim. Dia turut mempertahankan atlet bimbingannya, Dina yang melakukan ruti dengan sangat sempurna dan layak untuk mendapat mata yang lebih tinggi berbanding atlet Israel.

https://twitter.com/moments_Spring/status/1423962169767604224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1423962169767604224%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.rt.com%2Fsport%2F531430-olympics-gymnastics-judging-mistake-viner%2F

“Dina Averina, yang melakukan bahagian rutin ini dengan sempurna, harus mendapat markah sekurang-kurangnya satu mata di atas – itu minimum – tetapi dia hanya mendapat 0.7 mata dan kalah dengan hanya sekitar 0.2 mata,” kata Viner sambil menambah bahawa dia tidak pernah membantah keputusan hakim, tetapi untuk acara kali ini dia mengemukan tiga bantahan yang dilakukan dalam penghakiman oleh para hakim.

Menyebut keputusan itu sebagai “penghinaan yang jelas,” Viner menyatakan para hakim telah memalukan diri mereka dengan sengaja merampas podium emas dari atlet Rusia dengan cara yang “tidak adil dan paling menjijikkan.” Tambahnya lagi, sikap hakim ini seperti mahu menjatuhkan atlet Rusia yang sudah memenangi emas sejak bertahun-tahun dalam acara terbabit.

Bagaimanapun, Viner menyatakan bahawa atlet Israel tidak boleh disalahkan atas kontroversi yang berlaku. Katanya, Israel hanya dipilih untuk dijadikan alat untuk menjatuhkan atlet Rusia yang berjaya. “Dina Averina akan melakar sejarah sebagai juara Olimpik yang sebenar, yang tampil jujur, tetapi dijatuhkankan oleh hakim,” kata Viner-Usmanova.

Atlet Israel buat hal, hancurkan katil kadbod yang disediakan secara percuma di Sukan Olimpik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Atlet Israel Buat Hal, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Secara Percuma Di Sukan Olimpik

Raih Pingat Olimpik, Atlet India Ini Balas Budi Pemandu Lori Yang Bantu Beliau Berlatih

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Katil Anti-Maksiat, Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020

Sumber