Kedua-dua orang tua dlihat menjadi satu badan kebajikan untuk menjaga cucu-cucu mereka pula selepas anak mereka mendirikan rumah tangga.

Ramai menyangka mereka sebagai pengasuh percuma atau murah yang boleh diambil kesempatan dengan alasan kedua-dunya mempunyai masa lapang dan tidak bekerja lagi.

Namun realitinya, mereka sudah tua dan tidak mempunyai kudrat dan batasan fizikal untuk menjaga cucu yang sedang membesar yang pelbagai ragamnya.

Inilah yang diluahkan seorang warga emas di platform Threads yang mana merasakan tidak adil buat mereka menjaga cucu seramai 4 orang dan hanya memberikan upah yang sedikit.

Sedangkan RM400 yang diberikan itu tidak cukup pun untuk menampung perbelanjaan seharian serta barang keperluan ditambah pula tidak mempunyai pencen dan pendapatan dari sisi dirinya.

Dia langsung menanyakan pendapat orang ramai sama ada perkara itu relevan atau pun tidak.

Atuk Mengadu Di Media Sosial Kena Jaga Empat Orang Cucu Dan Hanya Terima RM400
Sumber Gambar: Threads

Luahan yang dikongsikan semula itu mendapatkan sejumlah respon dan rata-ratanya meluahkan rasa bengang dengan tindakan anak mereka yang sanggup menyusahkan orang tuanya malah tidak memberikan upah atau wang yang setimpal.

Ramai membidas idea menjadikan ibu bapa sebagai pengasuh murahan walaupun tahu tentang tahap kesihatan mereka yang semakin merosot pada saban hari.

Selain itu, ada yang berkongsi rate harga RM400 itu tidak masuk akal kerana di dalam pasaran asuhan boleh mencecah RM900 dan ke atas untuk seorang kanak-kanak.

Ada yang berpendapat adakalanya memanglah ibu bapa mahu berjumpa dan meluangkan bersama cucu tetapi tidaklah sampai menjaga sepanjang masa sehingga mengganggu masa rehat mereka seperti yang diamalkan oleh sesetengah keluarga.