Axia boleh dikatakan king nombor dua di jalan raya selepas sudah sering kali dilihat membuat aksi luar biasa yang mengejutkan orang ramai.
Tular sebuah video dashcam yang memperlihatkan aksi lagak berani yang dipamerkan oleh seorang pemilik Axia yang selamba menyelit dengan kelajuan tinggi sewaktu jalan sesak di Lebuhraya Plus.
Axia berwarna putih itu pada awalnya telah mengikuti secara rapat dengan kelajuan tinggi di belakang sebuah Lamborghini Aventador SVJ berwarna kelabut matte.
Mungkin tidak berpuas hati berada di belakang, dia langsung bergegas masuk ke laluan tengah dengan niat mahu memotong barisan konvoi kereta mewah itu.
Kereta Axia itu dilihat memotong dengan berkelajuan tinggi melebihi 82km/h serta memasuki kedua laluan tengah dan paling kiri lalu memancung terus ke laluan paling kanan.
@athirvanced Geng lambo tgh konvoi, tiber tiberrrrr. 🤣🤣 Ape yg ko dengki sgt dgn geng lambo tu bro. Depan tu jalan jem dh kot. Sekali tercium, insurance kau pun angkat tangan bro. 😂😂
Walaupun berjaya berada di hadapan salah satu peserta konvoi itu, ramai membidas akan tindakan pemandu Axia tersebut kerana telah memandu secara merbahaya dan tidak menghormati pengguna jalan raya lain yang mematuhi undang-undang.


Sebahagian juga berseloroh meminta pemandu Axia itu untuk membuat refleksi diri kerana kelihatan terlalu ego untuk cuba memotong kereta mewah meskipun jalan sedang sesak pada ketika itu.
Dalam pada itu, ada yang meminta pemilik kereta sebegini untuk mencontohi pemandu kereta mewah itu yang mana sedia menjaga jarak bagi menggelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.