Ayah kepada bayi yang mendakwa mayat anaknya disimpan di peti sejuk beku sebuah hospital, kini diwakili peguam berprofil tinggi iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Dalam kenyataannya Zaharil, dia kecewa dengan pihak hospital yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
“Pampers itu pun adalah yang sama yang dia pakai ketika lahir. Saya tak nak menuding jari atau sebar fitnah. Kita beli ayam di kedai pun kita cuci selepas itu.
“Itu isu dia, di mana nilai kehormatan kita terhadap manusia. Adakah, hanya kerana dia seorang bayi yang keluarganya tiada duit, kita boleh perkotak katikan dia? Kita boleh hina dia sebegitu? Itu isu dia
“Dalam Islam, adakah itu fardhu kifayah untuk kita menanam seseorang yang sudah meninggal dunia dengan secepat mungkin?
“Ketika bapa dia mengazankan anaknya, anak itu masih bernafas, masih aktif. Apa yang terjadi, saya tak tahu? Itu yang kita nak tahu jawapan bagaimana cara hospital mengendalikan bayi tersebut.
“Contoh, kenapa dia simpan 16 hari, sedangkan polis nak simpan 14 hari pun kena dapat perintah mahkamah. Jadi saya mahu tahu, boleh tak seseorang itu ditahan lebih 14 hari tanpa undang undang?” tegas Zaharil.
Ayah kepada bayi tersebut, Safwan Roshdy kecewa dengan cara layanan hospital tersebut yang enggan mengeluarkan mayat bayi itu kerana mereka tidak dapat melangsaikan tunggakan bil hospital.
Membuatkan bayi itu disimpan selama dua minggu di dalam peti sejuk beku. Bayi tersebut dilaporkan lahir dalam keadaan kurang sempurna.
Safwan kemudian lebih kecewa apabila pihak hospital menurutnya telah mengeluarkan kenyataan fitnah ke atas dia dan isterinya.
Sebelum ini Safwan diberitahu bahawa bayi tersebut tidak dapat diselamatkan kerana sudah berada dalam keadaan lemah.
Peguam yang mewakili Safwan, Ahmad Zaharil menegaskan bahawa mereka sudah mengenalpasti beberapa pemilik akaun di media sosial yang menyebarkan fitnah ke atas anak guamannya. Ini termasuk dakwaan yang menuduh pasangan itu masih tidak berkahwin secara sah.
Ini berikutan kenyataan daripada pihak hospital tersebut yang menyatakan bahawa Safwan mengaku kepada mereka bahawa dia dan pasangannya masih belum berkahwin.
Laporan polis sudah dibuat oleh pihak Safwan terhadap pihak hospital tersebut dengan ditemani oleh Ahmad Zaharil.