Ayah kepada superstar Sepanyol, Lamine Yamal iaitu Mounier Nasraoui dilaporkan cedera setelah diserang dan ditikam ketika berada di tempat letak kereta di Barcelona.

Berita itu diterima oleh Lamine Yamal, hanya beberapa hari sebelum La Liga musim 2024/25 bermula. Pemain muda Barcelona itu sedang dalam persiapan untuk musim baharu bersama dengan kelabnya.

Akhbar Sepanyol, La Vanguardia malaporkan Mounir Nasraoui ditikam beberapa kali di bandar Mataro, kira kira 30 km dari Barcelona.

Mounir segera dikejarkan ke hospital hospital Universiti Pujol di Badalona kerana beberapa jenis kecederaan yang dialaminya.

Namun keadaannya dilaporkan sudah stabil dan dia dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Polis Barcelona sudah memulakan siasatan ke atas insiden itu. Di mana menurut laporan awal, ada beberapa individu yang terlibat dalam serangan itu. Dan beberapa orang daripada suspek sudah pun ditahan.

Buat masa ini, polis masih menyiasat motif serangan tersebut. Tetapi di X, ada individu berkongsi video di mana ayah kepada Lamine Yamal dilihat berbalah dengan jirannya.

Lamine Yamal menjadi bakat remaja sensasi ketika dia membuat debut di Euro pada usia 16 tahun dan menjulang kejohanan itu beberapa minggu kemudian selepas harijadinya.

Dia bergandingan cemerlang bersama dengan Nico Williams di barisan serangan Sepanyol. Dia turut mencipta assist kepada Nico Williams pada aksi final menentang England di mana Sepanyol menang 2-1.

Lamine Yamal dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Euro 2024 kerana prestasi luar biasanya bersama dengan La Roja.