Siapa di sini berimpian mahu membeli basikal? Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli basikal elektrik yang di review oleh pengguna TikTok ini.
Menerusi video tersebut, basikal elektrik berjenama Talaria itu membolehkan penggunanya tidak mengayuh basikal apabila memiliki daya bateri dan hanya perlu memulas pengendali basikal.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
@leejenab rasa macam dah lama tak review ,saya review harta orang 😠owner kata basikal , tapi memang macam moto pun ada kan
Difahamkan, harga basikal elektrik ini bernilai lebih RM10,000 sahaja. Perkongsian video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan basikal tersebut memiliki spec asas motosikal terutama sekali kelajuan mencecah 110km/j.
Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat bahawa mungkin selepas ini basikal tersebut perlukan roadtax kerana hampir sama dengan motosikal.
Malah, harga basikal itu yang lebih RM10,000 turut menjadi perbualan netizen dan para netizen beranggapan membeli motosikal lebih berbaloi.