Kekurangan baja di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, bukan isu baharu, tetapi sampai tahap yang sudah membimbangkan.

Apa yang membezakan krisis ini dengan kawasan lain ialah lokasinya—Pulau Sebatik—sebuah daerah yang hanya dipisahkan beberapa langkah dari sempadan Malaysia.

Sudah bertahun-tahun para petani, khususnya yang mengusahakan kelapa sawit, terpaksa membeli dari Tawau, Malaysia.

Harga Baja Malaysia Mahal, Tapi Jadi Pilihan

Harganya bukan murah, sekarung boleh mencecah RM300, atau sekitar Rp 1.050.000, hampir tujuh kali ganda berbanding baja subsidi dari kerajaan Indonesia yang dijual pada harga Rp 165.000.

Baja

Tapi, menghairankan baja subsidi Indonesia itu tidak laku.

Menurut Adama, seorang Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Nunukan, isu ini bukan hanya soal harga, tetapi soal kepercayaan dan keberkesanan.

Petani tempatan, ramai antara mereka pernah bekerja di ladang-ladang Malaysia, tahu betapa efektifnya baja yang digunakan di sana.

Mereka pernah melihat sendiri hasilnya.

Baja

Jadi, tak hairan jika mereka sanggup merentas sempadan dan membayar lebih mahal demi hasil yang pasti.

Ditahan Kerana Pakai Buatan Malaysia

“Memang mereka salah (beli di Malaysia secara tidak sah), tapi keadaan memaksa. Tolonglah, jangan ditangkap bila mereka bawa masuk,” ujar Adama dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Kompas.

“Kita di sempadan negara, kena faham ada keadaan luar biasa. Jangan pukul rata semua kes.”

Masalah menjadi lebih rumit apabila barangan tersebut yang dibawa dari Malaysia dibawa masuk dan disita oleh pihak berkuasa kerana dianggap sebagai barang haram.

Baja

Sedangkan, menurut Adama, kekurangan produk itu di Nunukan sudah sampai tahap kritikal.

Baja subsidi yang dihantar tidak mencukupi, dan lebih malang lagi, tidak memenuhi kualiti yang petani mahukan.