Sebelum ini, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali telah memuat naik sebuah video di TikTok yang menuntut agar pelawak, Ali Puteh untuk mempercepatkan bayaran sebanyak RM60,000 kepadanya.

Menerusi video terbabit, Hidayah juga mendakwa rumah arwah Abam kini berada dalam keadaan terbiar dan dia kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah itu seolah-olah tidak dilayan pada Jumaat lalu.

Baca Juga:

@hidayah_hamzah

Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni 👏 sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Susulan itu, Ali mengatakan bahawa proses pembayaran berkenaan masih dalam perbincangan antara peguamnya serta peguam Hidayah dan dia akan membuat bayaran secara ansuran kepada balu arwah dengan duitnya sendiri.

Menerusi satu laporan, Ali menjawab soalan berkaitan kunci rumah arwah Abam seperti yang diminta Hidayah dimana dia tidak boleh menyerahkan kepada wanita terbabit kerana rumah berkenaan masih berada dalam kes tuntutan faraid.

“Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya? Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu.” kata Ali

Tambahnya, Ali turut menafikan dakwaan Hidayah yang mengatakan bahawa rumah tersebut berada dalam terbiar dan menegaskan rumah terbabit dijaga oleh adiknya yang tinggal di sana untuk sementara waktu sehingga kes tuntutan faraid selesai.