Baru-baru ini, seorang individu yang dipercayai remaja lelaki telah memuat naik video di TikTok dimana memaparkan aksi jenayah rogol beramai-ramai terhadap seorang gadis remaja.

Walau bagaimanapun, video itu telah dipadam tetapi netizen sempat tangkap layar video beserta pengakuan pelaku dan memuat naik semula di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, si pelaku tidak berpuas hati dan mahu membalas dendam dengan menyebarkan video-video aib mangsa selepas mangsa rogol membuat laporan polis.

Tindakan merogol beramai-ramai itu dikatakan dirancang teman lelaki mangsa apabila dia telah memanggil kawan-kawan termasuklah individu tersebut untuk terlibat bersama-sama.

Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan kepada mangsa kerana termasuk perangkap teman lelakinya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut menggesa pihak berkuasa untuk memandang serius mengenai perkara tersebut memandangkan si mangsa dilaporkan telah membuat laporan polis.