Kehadiran pemandu F1 Mercedes AMG Petronas yang juga tujuh kali juara dunia Formula 1 (F1) Sir Lewis Hamilton bersama rakan sepasukan baharunya, George Russell di Kuala Lumpur pada awal minggu ini telah menjadi perbualan warganet.

Daripada pelbagai video dan gambar dikongsikan netizen, terdapat satu gambar yang mencuri tumpuan orang ramai, di mana ketika Lewis sedang duduk di atas bangku plastik ‘kedai mamak’ semasa beliau sedang berehat melakukan penggambaran di Stesen Minyak Petronas Penchala Link.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Menerusi perkongsian ramai, kerusi tersebut telah ditawarkan melalui laman Shopee oleh sebuah kedai jualan komponen dan aksesori kenderaan pada harga RM2,888.88. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dirunding melalui kotak chat Shopee mereka.

Sumber Gambar: Shopee
Sumber Gambar: Shopee
Sumber Gambar: Shopee

Dalam satu tangkap layar yang tular dikongsikan ramai, bangku kerusi itu didakwa sudah ‘sold out‘ dibeli oleh seseorang. Kedai Shopee itu turut memuat naik satu gambar banner menyatakan walaupun kerusi tersebut ‘sold out‘, orang ramai masih boleh mendapatkan pelbagai barangan lain yang dijual pada kedai tersebut.

Sumber The Vocket telah menghubungi penjual tersebut untuk menanyakan sama ada kerusi tersebut telah dihantar kepada pelanggannya.

Bagaimanapun, admin kedai Shopee itu memberitahu kerusi itu tidak jadi dijual kerana bos mereka mahu menyimpannya di bilik pameran sebagai koleksi peribadi.

Sumber Gambar: Shopee
Sumber Gambar: Shopee

Walaupun hantaran kedai Shopee itu berbaur jenaka, namun maklum balas yang dikongsikan oleh orang ramai melalui media sosial menunjukkan mereka sangat serius berminat untuk mendapatkan bangku plastik yang diduduki oleh tujuh kali juara dunia F1 itu.

Bukan mudah untuk kita dapat lihat salah seorang manusia terkenal di dunia yang secara ‘tiba-tiba’ sampai di Malaysia dan melabuhkan punggungnya di atas bangku plastik yang kita sering gunakan pada kedai mamak.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk lihat lagi gambar dan video yang sempat dirakam oleh orang ramai semasa kehadiran Sir Lewis Hamilton dan George Russell di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Orang Ramai Kongsi Keterujaan Jumpa Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia

Lewis Hamilton Jadi Pemandu Formula One Keempat Terima Anugerah Kesatria

Lewis Hamilton Koyak Tewas Gelaran Dunia, ‘Unfollow’ Semua Orang Di Instagram