Sejak 2022 lalu, Sajat mengalami kesukaran untuk menjual rumah banglo miliknya selepas dia berhijrah ke Australia.
Terbaharu, pihak bank telah mengurangkan lagi harga lelong banglo tersebut yang sebelum ini bernilai RM4.68 juta.
Baca Juga:
- Banglo Mewah Sajat Bernilai Lebih RM9 Juta Sedia Untuk Dilelong Separuh Harga
- Gagal Dapatkan Pembeli, Sajat Terpaksa Jual Rumah Dengan ‘Diskaun’ Sehingga RM2.5 Juta
- Pernah Menjadi Kediaman Datuk Aliff Syukri, Sajat Sedia Lelong Rumah Bernilai RM9.5 Juta
Perkara itu dikongsikan oleh ejen hartanah terkemuka menerusi Facebook Ishaq Marazi.
“Hari itu lelong RM4.68 juta, tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.
“Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta,” petik hantaran Facebook itu.
Banglo mewah Sajat terletak di Selangor Polo & Country Club Seksyen 10 Petaling Jaya.
Corner unit berkeluasan 7,000 kaki persegi itu terletak di atas tanah sebesar 11,093 kaki persegi.
Banglo dua tingkat itu mempunyai enam bilik, serta tujuh bilik mandi.
Menurut ejen hartanah tersebut, banglo berkenaan akan dilelong sekali lagi pada 2 September (Isnin) akan datang.
Untuk makluman, banglo mewah Sajat itu dibeli daripada Datuk Seri Aliff Syukri dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.