Tular pelbagai gambar dan video sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang tadi di media sosial.
Memetik laporan MalayMail, jurucakap Genting Malaysia Bhd mengesahkan kebakaran berlaku di pusat beli-belah SkyAvenue pada jam 4.30 petang.

Bagaimanapun kawasan lain di Resorts World Genting tidak terjejas berikutan insiden terbabit.
Difahamkan anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 5 petang. Api berpunca di tingkat dua bangunan itu sebelum merebak ke tingkat empat.
14.06.2024
Sebuah bangunan pusat beli-belah di Genting Highlands sedang terbakar. pic.twitter.com/KFECWZejcc— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 14, 2024
Sementara itu menurut kenyataan rasmi Genting Malaysia Bhd kepada MalayMail menyatakan pemindahan orang awam dilakukan serta-merta.
“Pemindahan dilakukan serta-merta bagi memastikan orang awam terhindar dari bahaya. Pasukan bomba bertindak segera untuk memadamkan kebakaran,” kata Genting Malaysia Bhd.
Jurucakap itu berkata syarikat itu akan terus memantau keadaan dan memberikan maklumat terkini mengenai bangunan SkyAvenue di Genting Highlands yang terbakar itu kepada orang ramai.