Di Malaysia sudah terwujud lebih ratusan NGO yang sedia membantu golongan gelandangan termasuklah dari segi makanan, pakaian dan seumpamanya.
Tetapi bagaimanapun boleh dikatakan sebahagian gelandangan sengaja membuang pemberian makanan yang diterima daripada NGO berkaitan.
Perkara ini telah dibongkarkan menerusi satu video yang dikongsikan menerusi TikTok di mana satu komuniti yang mana pada waktu ketika itu sedang melakukan CSR disekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Kelihatan salah seorang pelajar yang mengambil bungkusan makanan di tong sampah dan mendapati masih terisi nasi padanya.
Jadi, jurucakap tersebut mendedahkan inilah realiti apabila pemberian makanan kepada gelandangan tidak mencapai tujuan yang sepatutnya dan akhirnya menyumbang kepada jumlah sisa buangan yang tinggi sekaligus merosakkan ekosistem negara.
mana mana persatuan atau NGO tolong la berhenti bagi sampah masyrakat ni makan, tak payah nak berhumanity sangat, sebab humanity korang la banyak masalah kat KL ni. Dia orang ni bukan xde duit, rokok arak boleh beli, dadah pun dia orang isap. Malu org luar tgk Malaysia macam ni pic.twitter.com/LkkLY0DkdF
— MALAYSIA PROBLEM (@Malaysia_Problm) April 27, 2025
Ekoran penularan video itu, ramai netizen yang berpendapat jika kalau ada baiknya makanan-makanan disalurkan kepada pelajar universtiti kerana pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin apatah lagi bila kos kehidupan seharian yang tinggi sementara terima elaun yang cukup-cukup sahaja.
“Patut bagi je setiap uni. Student sana bukannya selalu parents mampu nak bagi duit makan. Adik aku pun sampai berjimat cermat duit yang ada,” kongsi seorang netizen.
“Better bagi kat student! Nampak macam ada duit tapi sebenarnya takde duit pun makan catu2 sebab nak print assignment *Nampak macam ada duit sebab mandi bersih dan kemas pergi kelas tapi poket hanya kawan2 jua yg tahu,” ujar seorang netizen lain.
“Selalu nmpk,bila student tanya mein mana bole mkn free kami lapar xde duit,org kita gaslight suruh buat keje part time. Mai gelandangan,terus oh kesian nah makanan.Sampai satu thp kluar citer ada gelandangan siap minta KFC je,nasi taknak,” tambah seorang netizen.
Lebih elok kita bg makan ke student
“Lama dah aku benci gelandangan ni, semua bukan miskin tapi pemalas. ada pulak yang bagi makan, diorang nak fikir apa lagi? handphone sorang satu yang semua, bukan cikai cikai punya. pastu takde lah nampak yang kurus kering semua sihat je. dah dahlah bela diorang nii,” tegas seorang netizen lagi.
Dalam pada itu, ada sebahagian netizen berkongsi kelompok gelendangan ini berilah apa sahaja seperti rumah dan peliang pekerjaan, mereka tetap bersikap sedemikian kerana terlalu selesa diberi bantuan malahan tidak cuba menukar nasib kehidupan sebegitu.