Sesetengah orang masih lagi belum menonton Mat Kilau di pawagam termasuklah seniwati terkenal, Fauziah Nawi yang mengakui belum terbuka hati untuk menonton filem pecah panggung arahan Syamsul Yusof.

Fauziah mengatakan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia masih belum menonton filem tersebut sehingga ke hari ini walaupun ia mengenai sejarah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya sememangnya kagum dengan arahan Syamsul Yusof yang membawa naskah bergenre sejarah itu mengikut caranya tersendiri,” ujar Fauziah kepada wakil Kosmo.

“Saya tak tengok pun. Saya takut nak pergi! Semua filem dan tempat terbuka macam panggung wayang sampai sekarang saya tak pergi sebab Covid-19.

Fauziah menjelaskan bahawa bukan kerana dia tidak mahu menerima idea orang baharu macam Syamsul, tetapi Syamsul mempunyai cara arahannya tersendiri yang ditonjolkan dalam filem Mat Kilau itu dan selalunya Syamsul pegang apa pun ia akan jadi emas.

Bagi Fauziah, dengan adanya filem Mat Kilau itu menyebabkan orang ramai tengok cerita melayu pada masa sekarang.

Sejujurnya, Fauziah mengatakan dia juga melihat adegan pendek dalam trailer filem itu dan menganggap ada sesuatu yang tidak kena dengan bahasa dan perkataan di dalam filem tersebut.

“Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu. Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun.

Katanya lagi, dia lebih meminati arahan filem dari adik lelaki Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof dari sudut filem kerana semua orang ada selera masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Fauziah kini sedang membuat persiapan untuk mengarahkan teater Srikandi Tun Fatimah yang akan dibintangi ramai pelakon handalan seperti Aqasha, Mhia Farhana, Naque Ariffin, Sobri Anuar dan Farah Ahmad.

Pementasan teater tersebut akan berlangsung pada 27, 28, dan 29 Oktober ini di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sumber