Bapa kepada bayi yang digelar Baby Syifaa, iaitu Yuseri Yusoff telah ditahan polis berkaitan dengan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.
Baby Syifaa meraih simpati daripada netizen setelah bayi tersebut meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022.
Ramai yang menghulurkan derma kepada keluarga Baby Syifaa sebagai sokongan untuk mereka mendapatkan peguam terbaik membela nasib Baby Syifaa. Ianya selepas bayi tersebut meninggal dunia kerana lehernya tersangkut pada buaian di pusat asuhan.
Yuseri Yusoff juga mendapat sokongan daripada ramai kerana ketegasannya dalam memperjuangkan keadilan untuk Baby Syifaa.
Namun kini, ayah kepada Baby Syifaa telah ditahan kerana kes penipuan yuran guaman. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Seorang lelaki telah ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Bapa Baby Syifa Ditahan Polis #MGFlash
Bapa kepada seorang bayi yang meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022 dikenali sebagai Baby Syifa ditahan polis jam 2.45 petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman. pic.twitter.com/gQebPeYyhG
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) July 10, 2024
Suspek telah dituduh menyeleweng dana hasil sumbangan orang awam yang disalurkan ke akaun syarikatnya, YY Community Center.
Bekas peguam yang mewakili keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan telah membuat penafian bahawa wang tersebut digunakan dalam khidmat guaman untuk membela kes tersebut.
Hafiz turut kesal dan kecewa kerana namanya telah digunakan oleh ayah Baby Syifaa untuk meraih sumbangan orang awam. Hafiz mengakui dia hanya mendapat tahu perkara itu selepas ada mangsa yang membuat laporan polis dan memberitahunya tentang perkara tersebut.
Enggan namanya dikaitkan dengan skandal penipuan dana seperti itu Hafiz tampil mendedahkan bahawa dia tidak terlibat dan tidak pernah tahu bahawa dana sumbangan awam itu digunakan untuk proses guaman kes tersebut.