Seorang bapa dari mengambil tindakan berat apabila membakar motosikal anaknya sendiri dengan tujuan untuk membendung tabiat merempit yang semakin membimbangkan.
Kisah tular ini di dikongsikan menerusi akaun TikTok @kajolmarey01, di mana bapa tersebut menunjukkan motosikal yang terbakar sambil memberi peringatan keras kepada anaknya dan juga golongan muda yang lain.
Dalam video yang meraih perhatian ramai, bapa itu dengan tegas menyatakan bahawa tindakan membakar motosikal adalah akibat daripada anaknya yang degil, sering keluar malam.
Selain itu, kedengaran bapa tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati beliau dengan perangai anaknya yang menjadi liar selepas adanya motosikal.
“Lebih baik aku bakar motosikal ini daripada kamu mati di jalan raya!” ujar bapa itu sambil menunjukkan motosikal yang sedang terbakar.
Tindakan bapa ini bukan hanya ditujukan kepada anaknya semata-mata, tetapi juga kepada golongan muda lain yang degil dan tidak mengendahkan nasihat ibu bapa.
Dalam satu lagi video yang dikongsika, bapa tersebut melihat kembali tindakannya membakar motosikal tersebut.
Dia akui bahawa apa yang dilakukan itu kelihatan kasar, tetapi menegaskan bahawa ia adalah caranya untuk mendidik anaknya dengan harapan dapat menyelamatkan nyawa si anak.
Bapa itu turut berkongsi bahawa dia lebih rela melihat anaknya kehilangan motosikal daripada menerima dua berita buruk yang paling ditakuti sebagai seorang ayah iaitu anaknya ditahan polis kerana kesalahan merempit atau lebih teruk, polis memaklumkan kepadanya tentang kematian anaknya.
Melalui tindakan ini, dia juga mengingatkan golongan muda supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa yang bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka.
Tindakan ini membuka ruang perbincangan yang hangat di kalangan netizen.
Ramai bersetuju dengan tindakan si bapa, sementara ada juga yang menganggap ia terlalu melampau.
Namun, apa yang pasti, isu merempit bukanlah perkara baru di Malaysia, khususnya dalam kalangan remaja lelaki yang sering terbabit dalam aktiviti lumba haram.