Setiap ibu mengandung di luar sana pasti mengalami pelbagai pengalaman sewaktu proses kehamilan. Morning sickness, alahan, hormon yang tidak menentu dan bermacam simptom lagi menjadi asam garam yang mewarnai tempoh 9 bulan tersebut.

Namun begitu, ada juga para ibu yang hamil tanpa melalui sebarang masalah yang mengganggu aktiviti sehariannya.

Boleh jadi ibu di dalam kisah ini turut mengalami proses kehamilan yang seronok lagi menggembirakan.

Buktinya?

Nah, gambar ultrasound kandungannya yang menunjukkan thumbs up! Seolah-olah berkata-kata, “We are doing good here!”

Tambahan lagi, gambar yang dikongsi oleh pengguna Reddit, meancloth ini turut menunjukkan bahawa wanita ini sedang hamil anak kembar. Ini berdasarkan label Baby A di atas sudut kiri gambar tersebut. Agaknya apa reaksi Baby B sewaktu menjalani proses ultrasound tersebut? ;)

Apapun, gambar ini memang cute. Semoga ibu dan kedua-dua bayi ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera sehingga ke proses kelahiran.

Sumber: Lost At E Minor