Umur baru 28 tahun, seorang influencer mendedahkan dia sudah terkena gout pada usia muda.

Ini selepas dia terlalu banyak mengambil protein daripada daging merah dan kurang minum air.

Influencer bernama Hakim Parker itu merupakan seorang yang kaki gym.

Dan dia mahu membina ototnya dengan mengambil protein. Namun dia tak sangka tabiat pemakanannya membawa kepada masalah gout pada usia muda, ketika baru berusia 28 tahun.

Baru 28 tahun dah ada gout

Dia menjelaskan di TikTok miliknya dengan berkata: “Saya sedang berdiet. Jadi saya tak boleh makan karbohidrat seperti nasi dan mi.

baru 28 tahun

“Saya hanya makan makanan berprotein tinggi, dan saya makan dalam kuantiti yang banyak.:

Tak suka minum air jadi punca

Dia menyambung bahawa protein yang dia selalu ambil adalah daripada sumber daging merah yang mengandungi asid urik yang tinggi.

“Asid urik ini yang masuk ke dalam sel darah dan kemudian disingkirkan menerusi air kencing.”

1

Di sinilah maslaah berlaku, kerana dia kurang minum air dan membuatkan dia kurang kencing. Akhirnya asid urik itu membentuk ketulan seperti kristal dan membeku pada bahagian  sendi.

Dipetik daripada mStar, Influencer itu berkata: “Geng, sakit dia lain macam! Asid urik ini jadi dalam bentuk kristal, dan ia terkumpul dekat sendi sehingga kaki saya bengkak.

“Bukan itu sahaja, rasa sakitnya seperti kaki saya sedang terbakar. Ibarat saraf saya sedang mengalirkan jarum-jarum halus yang mencucuk di tempat bengkak itu.

gout

“Tapi itulah, umur baru 28 tahun, saya sudah kena gout,” jelas dia lagi.

Oleh sebab itu influencer tersebut menasihati agar semua orang meminum air secukupnya dan jangan mengambil daging merah terlalu banyak.

Di ruangan komen ramai yang berkongsi pandangan dan akui menderita penyakit gout walaupun masih pada usia muda.