Samsung sudah memperkenalkan barisan Galaxy S23 yang mana tampil bersama kamera sebesar 200MP. Tetapi apa gunanya jika kamera tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik di dalam kegunaan seharian.
Terbaharu, timbul sejumlah laporan pemilik S23 dan S23+ menghadapi masalah pada kamera. Difahamkan gambar yang diambil tampak kabur kerana kamera tidak boleh fokus pada objek.
Baca Juga:
- Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan
- Baru Sahaja Digunakan, Pengguna iPhone 14 Pro Max Lapor Alami Masalah Skrin Dengan Garisan Berkelip
- Sudah Diganti 8 Bulan Lalu, Pengguna iPhone 13 Pro Max Luah Alami Masalah ‘White Screen’ Kali Kedua

Hanya sebahagian hasil gambar yang tajam dan jelas sementara baki lain adalah tidak fokus dan kabur. Rungutan dapat dibaca menerusi platform Reddit, XDA Forum dan forum rasmi Samsung sendiri sejak peranti mula dijual.
Rata-rata pengguna yang mengalami isu ini mendakwa bahawa peranti bermasalah ini adalah yang dikilangkan di Vietnam. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada isu ini berpunca daripada perkakasan atau pun perisian sahaja.
Jika isu ini datang daripada perkakasan, maka syarikat Samsung perlu menggantikan modul kamera baharu kepada sejumlah pengguna yang mengalaminya. Di samping itu, pihak Samsung pula masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi rentetan daripada isu itu.