Sudah menjadi satu rantaian malang pula buat wanita bernama Alice Chang apabila sudah bebeberapa kali dibuang kerja di dalam bidang F&B.

Paling terkini, wanita terbabit dilaporkan telah pun dibuang selepas baru bekerja di sebuah outlet Nando’s.

Perkara ini dihebahkan oleh pihak Nando’s sendiri di laman Facebook rasmi selepas ramai mempersoalkan lantikan wanita itu yang didapati mempunyai sejarah ‘hitam’ dalam pengurusan bahagian dapur.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, pihak Nando’s berterima kasih dengan keprihatinan orang ramai mengenai pengambilan Alice Chang sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando’s baru-baru ini. Walaupun mengambil masa sedikit, mereka dedah tetap komited betulkan keadaan dengan sebaik mungkin.

“Terima kasih atas prihatinan anda mengenai pengambilan Alice Chang sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando’s baru-baru ini. Semasa proses temuduga, Cik Chang tidak memaklumkan sepenuhnya tentang sejarah kerjanya yang lalu.

“ Berikutan itu, beliau telah melapor diri untuk bertugas pada hari ini dan kemudiannya memuat naik beberapa gambar kawasan sulit premis kami di akaun media sosial peribadinya, yang telah melanggar polisi syarikat,” tulis dalam kenyataan berkenaan.

Namun, pemecatan Alice Chang adalah disebabkan dia telah melanggar polisi syarikat yang tidak membenarkan memuat naik gambar kawasan sulit premis ke media sosialnya.

Baru Kerja Sehari, Alice Chang Dipecat Ekoran Langgar Polisi Outlet Nando’s
Sumber Gambar: X
Baru Kerja Sehari, Alice Chang Dipecat Ekoran Langgar Polisi Outlet Nando’s
Sumber Gambar: FB

 

Baru Kerja Sehari, Alice Chang Dipecat Ekoran Langgar Polisi Outlet Nando’s
Sumber Gambar: FB

Alice Chang didapati mengambil beberapa gambar swafoto di kawasan sekitar outlet termasuklah di dalam dapur yang dipercayai lokasi sensitif untuk syarikat Nando’s lalu dimuat naik ke media sosial peribadinya.

Malah, wanita terbabit telah diberhentikan serta-merta dan meninggalkan premis mereka. Dalam menjaga keselamatan semua pihak, mereka telah mengambil langkah segera dengan melakukan sanitasi menyeluruh dan memastikan tiada risiko lanjutan.

Dalam pada itu, pihak Nando’s menekankan sangat komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan.

“Kami komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan
kami.

“Kami menghargai sokongan dan kepercayaan anda dalam membantu kami mengekalkan standard perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti, katanya.

Sebagai penutup kalam, mereka menghargai sokongan dan kepercayaan para pelanggan dalam mengekalkan standard perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti.

Mengikut rekod lampaunya, Alice Chang didakwa mempunyai sejarah perubatan yang menyatakan menghidap penyakit STD yang boleh berjangkit kepada orang lain.