Sistem pengangkutan awam Jepun cukup dikenali sebagai sistem yang paling cekap di dunia. Lebih-lebih lagi perkhidmatan kereta api dan bas, tidak lambat sesaat dan tidak terawal sesaat.

Namun ekoran serangan pandemik COVID-19, telah menyebabkan Jepun selaku tuan rumah acara Olimpik pada tahun ini ‘tidak berjaya’ menyediakan perkhidmatan bas mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Memetik laporan Republic World, penganjur Olimpik Tokyo mengatakan bahawa terdapat masalah sistem pengangkutan atlet ke tempat mereka tepat pada waktunya. Mark Adams, jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mengakui ini adalah satu masalah yang sangat serius.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 11,000 atlet yang mengambil bahagian dalam temasya pada tahun ini dan ada puluhan ribu media, penyiaran dan profesional lain dari seluruh dunia yang hadir untuk membuat liputan acara.

Kesemuanya perlu mematuhi peraturan kuarantin dan hanya dapat bergerak menggunakan pengangkutan yang diatur khas untuk berulang-alik antara pelbagai tempat atau antara hotel mereka untuk mengelakkan kemungkinan penularan virus COVID-19 dan menghadkan interaksi dengan penduduk tempatan.

vocket-olimpik-tokyo-bas-gagal-tepati-masa-1
Sumber Gambar: Star Tribune

Perkara ini disahkan sendiri oleh Jim Souhan, jurnalis Star Tribune yang menyatakan perkara yang sama di mana beliau dan rakannya terpaksa menunggu perkhidmatan bas yang diaturkan oleh penganjur dalam satu jangka masa agak lama.

Tambah beliau lagi, ini satu pengalaman ‘memeritkan’ yang beliau terpaksa hadapi sehinggalah tamat acara Olimpik ini nanti.

Tambah laporan Republic World lagi, pada hari Ahad lalu ada atlet yang terpaksa menaiki teksi ke tempat latihan mereka kerana bas yang disediakan oleh penganjur tiba lewat dari masa yang sepatutnya.

Jurucakap Tokyo 2020, Masa Takaya menyatakan memang pengangkutan yang disediakan mengalami beberapa masalah termasuk kelewatan dan bas sepatutnya sentiasa bersiap sedia untuk memenuhi permintaan seperti yang dirancang.

Dalam satu berita lain, Tokyo telah merancang untuk mengisytiharkan darurat dua minggu sebelum berlangsungnya Olimpik ekoran kes COVID-19 naik mendadak. Klik pautan di bawah untuk membaca.

2 Minggu Sebelum Olimpik, Jepun Rancang Isytihar Darurat Di Tokyo Akibat COVID-19

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

Formasi 1,824 Dron Buat Penonton Terpegun Ketika Majlis Pembukaan Olimpik 2020